Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Ahli Perniagaan Rugi RM500,000...

SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan kerugian hampir RM500,000 setelah banglo mewah yang...

Gempa 7 Skala Richter...

JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 7 pada Skala Richter menggegarkan Pulau Lombok hari...

41 Pengetua Hebat Di...

PUTRAJAYA - Seramai 41 pengetua berprestasi cemerlang akan ditempatkan di sekolah harapan (berprestasi...

Rentas Negeri PKPP Untuk...

KUALA LUMPUR - Pergerakan merentas negeri hanya untuk pelancongan domestik dibenarkan bermula esok...

Pembinaan PPA1M Plus N.Sembilan Dimulakan

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini merasmikan upacara mula kerja bagi pembinaan 360 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M Plus) di Bandar Sri Sendayan di sini.

PPA1M Plus yang akan dibina di atas tanah milik kerajaan seluas 18.21 hektar dengan perkongsian pintar bersama pemaju Bandar Sri Sendayan, Matrix Concepts Holdings Bhd itu merangkumi 109 unit rumah teres setingkat yang dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air serta 251 unit rumah teres dua tingkat dengan empat bilik dan dua bilik air.

“Ia dijual pada harga RM245,000 untuk unit teres setingkat dan RM340,000 untuk unit rumah teres dua tingkat. Ia dinamakan PPA1M Plus kerana diluluskan secara khas melebihi kadar harga PPA1M iaitu sekitar RM300,000 dengan mengambil kira lokasi yang strategik dan kemudahan lain yang bakal dinikmati di kawasan ini memandangkan ia terletak dalam kawasan segi tiga emas Negeri Sembilan.

“PPA1M Plus ini berkedudukan bersebelahan dengan Pangkalan Udara (PU) Sendayan selain Bandar Sri Sendayan yang akan menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur,” katanya dalam ucapan di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Bakal pembeli PPA1M Plus menurut Mohamad juga akan menerima subsidi daripada kerajaan iaitu sebanyak RM55,000 bagi setiap unit rumah teres setingkat dan RM45,000 untuk unit teres dua tingkat.

Katanya, PPA1M Plus yang pertama di negeri ini bagaimanapun hanya dikhaskan untuk penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini.

“Bakal pembeli juga akan menikmati keahlian percuma dan boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di rumah kelab d’Tempat. PPA1M Plus berbeza dengan pembangunan perumahan lain yang menetapkan pembangunan perumahan berdasarkan formula satu ekar (0.40 hektar) dengan 12 atau 14 unit rumah.

“Namun PPA1M Plus ini pula dibangunkan dengan formula satu ekar (0.40 hektar) dengan lapan unit rumah sahaja bagi memberi keselesaan kepada bakal pembeli. Kita juga akan buat jalan raya empat lorong membabitkan dua hala di sini. Bagaimanapun penentuan kepada pemilikan rumah ditentukan menerusi kaedah cabutan undi,” katanya.


Dalam sidang media kemudian, Mohamad berkata Sendayan kini pesat membangun dengan pelbagai kemudahan canggih dan moden serta bakal menjadi pusat pentadbiran kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kelak.

“Saya bukan nak buat spekulasi, tetapi lokasi di sini amat strategik dengan keadaan harga pasaran rumah yang kini mencecah RM400,000 hingga RM700,000. PPA1M Plus ini saya boleh katakan harganya akan melonjak tinggi kepada RM800,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Bagaimanapun, pembeli dikenakan sekatan dan tidak dibenarkan menjual kediaman mereka ini bagi tempoh 10 tahun. Jadi saya harap janganlah dijual kerana kawasan ini akan terus maju dan tidak akan mundur. Saya juga jamin projek ini tidak akan terbengkalai,” katanya.

Menteri besar berkata selain PPA1M Plus, Negeri Sembilan juga mempunyai 12 projek PPA1M yang telah diberikan kebenaran merancang, sedang dilaksanakan serta yang telah siap sepenuhnya di seluruh negeri ini membabitkan jumlah keseluruhan unit sebanyak 6,417 unit rumah.

Mohamad juga berkata pihaknya turut mengenal pasti tanah milik kerajaan untuk dibangunkan lebih banyak perumahan PPA1M dan juga rumah mampu milik di seluruh negeri ini.

“Misalnya, kita akan bangunkan lebih 200 unit perumahan mampu milik kepada generasi kedua Felda Sendayan berhampiran kawasan yang mereka tinggal sekarang,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPA1M

Kategori