• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Azan: Jawapan Alvin Tan Ni Buat Ramai Islam ‘Sentap’!

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELASA lalu, blogger seks sensasi Alvin Tan sekali lagi mencetuskan amarah masyarakat Malaysia terutama komuniti Islam apabila bertindak memuat naik satu video yang mempermainkan laungan Azan.

Rakaman berdurasi 2 minit 50 saat itu, memaparkan Alvin melaungkan Azan sambil memetik keyboard.

[BACA: Azan Pulak Diperlekeh, Alvin Tan Makin Biadab]

Rata-rata individu Islam tidak berpuas hati dengan perlakuan tersebut yang dilihat sengaja ‘mencurah minyak ke api’ terutamanya melibatkan isu sensitif menyentuh kesucian agama.

Melalui laman sosial Facebook, Alvin bagaimanapun terus mempertahankan tindakannya itu setelah ruangan komen dipenuhi dengan kritikan rakyat Malaysia tanpa mengira agama.

Untitled

Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang menarik perhatian dengan reaksi Alvin ketika dia dihujani kebencian masyarakat Islam terhadap tindakan tidak bertamadunnya itu.

Melalui satu entri, Alvin mempertikaikan cemuhan kebanyakan individu terhadapnya yang dikatakan tidak selari apabila melibatkan urusan mereka dalam mengamalkan kewajipan sebagai Islam sendiri.

Status itu berbunyi:

“Alaa… Apabila saya buat video Azan, kononnya hina Islam, kalian semua tunjuk marah, kononnya nak pertahankan Islam. Apabila Azan berkumandang di udara, semua buat tak tahu pula! #SolatJanganTakSolat #SolatlahSebelumKamuDisolatkan”

Bukanlah menyokong tindakan Alvin, namun jika dilihat dari suatu sudut, kenyataan ‘makan dalam’ tersebut sememangnya  refleksi realiti yang sedang berlaku kini.

[Ibrahim Ali Kecam Tindakan Penduduk Gesa Turunkan Salib]

Contohnya, kita terlalu risau apabila pihak bukan Islam dilihat cuba menyemai nilai agama lain dalam komuniti Islam, namun pernahkah kita terfikir bahawa semua itu tidak akan jadi kudis pun andai kita sendiri mempunyai iman yang teguh di dada?

Senang cakap, daripada melayan individu seperti Alvin yang tak akan habis-habis mencetuskan kontroversi guna isu sensitif, lebih baik kita dalami keindahan Islam supaya lebih dekat dengan Maha Pencipta dan tak jadi macam dia.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Video – Segera Hukum Alvin Tan

https://www.youtube.com/watch?v=VEPARYo31ZM

Tags: Alvin Tanhina islamkontroversisensitiviti agama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Rompin Harap Lebih Banyak Peluang Tingkat Kemahiran

Next Post

Telur Burung Gajah Berusia 800 Tahun Dilelong

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Penghantar Makanan Hina Islam Dipenjara, Gagal Bayar Denda RM50,000

Penghantar Makanan Hina Islam Dipenjara, Gagal Bayar Denda RM50,000

21/07/2022
0

SEPANG – Seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi...

Next Post

Telur Burung Gajah Berusia 800 Tahun Dilelong

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd