• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghantar Makanan Hina Islam Dipenjara, Gagal Bayar Denda RM50,000

oleh Mohd Arshad
21/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penghantar Makanan Hina Islam Dipenjara, Gagal Bayar Denda RM50,000
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi satu rakaman video di saluran Youtube miliknya pada Sabtu lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim, Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Nor’muzil Mohd Razalli, 39, dan mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Ketika menjatuhkan hukuman, Ahmad Rizki turut menasihati tertuduh supaya insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd. Nor’Muzil didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi bersifat jelik melalui platform Youtube dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang telah dilihat pada pukul 11.15 malam di hadapan sebuah stesyen minyak di Cyberjaya, 16 Julai lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 233(3) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Mohd. Nor’Muzil memohon dikenakan hukuman denda yang ringan atas faktor pekerjaannya selain mempunyai tanggungan.

Nor Azizah kemudiannya memohon kepada mahkamah agar menjatuhkan hukuman pemenjaraan dan denda sebagai pengajaran kepada tertuduh berikutan kenyataannya yang telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Tertuduh bagaimanapun gagal membayar denda dikenakan dan dia akan dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman selama enam bulan.

Kosmo-

Tags: dipenjarahina islamPenghantar makanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

02/03/2026
0

Lelaki pihak Al Quran didakwa seorang mualaf.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd