• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harrif Puas Hati Tamat Kemarau Raih Podium

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN — Pelumba pecut kebangsaan, Mohd Harrif Saleh puas hati kerana berjaya menamatkan kemarau enam tahun untuk meraih kedudukan podium selepas menduduki tempat ketiga dalam peringkat keempat perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 di sini, hari ini.

Beliau mencatat masa empat jam 10 minit dan 14 saat pada perlumbaan sejauh 183.8km dari Dataran Dewan Merdeka, Dungun ke Dataran Pekan, di sini, sekali gus muncul selaku pelumba terbaik Malaysia.

Untuk rekod, kali terakhir Mohd Harrif menaiki podium adalah pada LTdL 2012 dengan menyaksikan beliau menduduki tempat kedua di belakang pelumba Itali, Andrea Guardini pada peringkat kelapan sejauh 100.8km dari Pekan ke Chukai.

“Bagi saya, kejayaan ini adalah satu kepuasan untuk diri saya setelah kali terakhir naik podium dalam LTdL pada 2012 dan walaupun gagal menjuarai perlumbaan hari ini, saya berpuas hati dengan keputusan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan berkenaan.

Mohd Harrif yang pernah meraih kedudukan podium dalam beberapa edisi terdahulu, mendedahkan laluan perlumbaan hari ini agak mencabar selain beberapa pelumba cuba melakukan pemisahan (breakaway) dalam beberapa kilometer menuju ke garisan penamat.

Beliau, yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pada masa sama menjelaskan beliau akan cuba membantu rakan sepasukannya untuk meraih kedudukan podium pada peringkat kelima, esok sejauh 169.4km dari Bentong ke Cameron Highlands.

Peringkat kelima yang dikenali sebagai ‘queen stage’ menampilkan tiga zon pecutan di Sungai Koyan, Cheroh dan Raub sebelum disusuli dengan satu zon pendakian setinggi 1,105 meter dari aras laut di Ringlet.

Seorang lagi pelumba kebangsaan, Nik Mohd Azwan Zulkiflie pula optimis untuk mengekalkan jersi putih yang dimenangi selepas peringkat ketiga semalam sambil tidak memandang mudah cabaran dari pelumba pasukan Jelajah Profesional Dunia menjelang peringkat kelima, esok.

“Saya tengok kaki saya macam mana… Kalau kuat, saya akan cuba memberikan saingan kepada pelumba lain.

“Astana Pro Team umpamanya ada seorang pakar pendakian dan saya akan cuba memerhatikan pergerakan beliau,” jelas Nik Mohd Azwan yang beraksi untuk pasukan benua Malaysia, Forca Amskins Racing (FAR). – BERNAMA

Tags: LTdL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aktiviti Ekstrem Anak Kecil Ketepi Keselamatan

Next Post

Skuad Papan Selaju Mampu Raih Pingat Di Sukan Asia

Related Posts

Belletti Akhiri Kemarau Gelaran Selepas 2 Tahun

25/03/2018
0

MUAR – Pelumba Itali, Manuel Belletti daripada pasukan Androni Giocattoli-Sidermec menamatkan kemarau gelaran selepas dua tahun apabila menjuarai peringkat ketujuh...

LTdL 2018: Minali Catat Kemenangan Kali Kedua

22/03/2018
0

PEKAN – Pelumba Astana pro Team, Riccardo Minali merangkul kemenangan peringkat kali kedua pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2018...

Next Post

Skuad Papan Selaju Mampu Raih Pingat Di Sukan Asia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd