• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pencari Kelubi Maut Dipatuk Ular Belalang

oleh
16/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKAH – Gara-gara dikatakan mengganggu sarang ular dipercayai tedung hitam yang dikenali dengan nama Ular Belalang oleh masyarakat Iban, dua pencari buah asam paya atau kelubi maut dipatuk reptilia berbisa itu di hutan berhampiran Kampung Bedanga dekat sini.

Kejadian berlaku semasa mangsa Stanley Saka, 21, dan Duwat Jabu, 23, bersama rakan mereka Lawrance Jinal, 40, dan seorang budak lelaki mencari buah tersebut di kawasan berkenaan, lewat petang semalam.

Ketika dijumpai pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta dibantu ahli keluarga dan penduduk kampung pada 11.16 pagi tadi, kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia manakala Lawrance dijumpai dalam keadaan lemah.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata Lawrance kemudian dikejarkan ke Hospital Mukah untuk menerima rawatan.

Beliau berkata berdasarkan rakaman percakapan mangsa yang selamat itu, mereka menjumpai satu sarang ular di bawah sepohon kayu.

“Kedua-dua rakannya yang meninggal dunia dikatakan mengusik sarang tersebut sebelum mereka diserang ular itu sehingga bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Lawrance memberitahu dipatuk ular yang digambarkannya berwarna hitam beberapa kali sehingga menyebabkan beliau tidak dapat bergerak.

Jimmy berkata sebelum kejadian kesemua pencari asam paya termasuk budak lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu masuk ke hutan dan keluar lebih kurang tiga jam untuk menghantar hasil ke tepi jalan.

Tiga lelaki dewasa itu kemudian masuk semula ke hutan manakala budak lelaki itu hanya menunggu di tepi jalan tersebut.

Apabila ketiga-tiga mereka tidak keluar dari hutan sehingga 7 malam, budak lelaki tersebut pulang ke rumah dan memaklumkan kepada keluarganya dan laporan polis dibuat pagi tadi, selain gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan, katanya. – BERNAMA

Tags: dipatuk ular
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penahanan Pemuda Autisme Cabul Gadis Ikut SOP: Polis

Next Post

JDT, Kelantan Lengkapkan Slot 8 Pasukan Ke Suku Akhir Piala Malaysia

Related Posts

PRK DUN Nenggiri 17 Ogos

Helikopter Bomba Terbangkan Pelajar UPM Dipatuk Ular Di Gunung Tahan

28/06/2024
0

LIPIS: Helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Pengkalan Udara, Wilayah Utara melakukan penerbangan kecemasan untuk menyelamatkan...

Arwah Sudah Meninggal Dunia, Bukan ‘Mati Suri’

13/07/2018
0

PALANGKAYARAYA - Seorang pemuda yang maut akibat dipatuk ular tedung selar peliharaannya akhirnya dikebumikan pada petang tadi selepas usaha keluarganya...

Next Post

JDT, Kelantan Lengkapkan Slot 8 Pasukan Ke Suku Akhir Piala Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd