Saturday, November 9, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Tak Tolak Wujud...

KUALA LUMPUR - Pembangkang tidak menolak mewujudkan kerajaan alternatif berikutan kegagalan Kerajaan Pakatan...

Calon BN Mahu Tingkatkan...

KUCHING - Ia bukan janji kosong apabila calon Barisan Nasional (BN) Lo Khere...

DPPM: AMGGRC Ada Unsur...

MELAKA - Penganjuran All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) di sini disifatkan sebagai...

Remaja Maut Tertimbus Ketika...

KUALA KRAI - Seorang remaja lelaki maut selepas tertimbus ketika mendulang emas bersama...

Penahanan Pemuda Autisme Cabul Gadis Ikut SOP: Polis

SUBANG JAYA – Tindakan polis menahan seorang pemuda yang dikatakan pengidap autisme bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes cabul ke atas seorang gadis dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata tangkapan ke atas pemuda berusia 22 tahun itu dilakukan susulan laporan polis oleh mangsa yang dibuat pada 11 September lalu.

“Tangkapan dibuat oleh anggota daripada cawangan Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) susulan pengecaman positif oleh mangsa berusia 24 tahun itu bersama saksi yang ada bersamanya ketika kejadian.

“Tangkapan itu bertujuan untuk proses siasatan serta memberi keadilan kepada kedua-dua pihak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah memberikan keutamaan terhadap kes itu dan siasatan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Keputusan siasatan akan diambil berdasarkan kewajaran hak kepada mangsa dan tertuduh.

“Kita percaya tindakan yang diambil dalam melaksanakan siasatan kes ini berdasarkan SOP serta bertindak mengikut batas undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” jelas Mohamad Azlin.

Menurutnya, orang ramai yang memerlukan penjelasan lanjut berhubung perkara itu boleh berhubung terus dengan beliau atau menghubungi talian Info Line Polis Selangor di talian 012-6009999.

Terdahulu, kejadian yang viral di media sosial itu menerima tindak balas negatif netizen yang mempertikaikan tindakan ibu bapa gadis terbabit yang membuat laporan polis walaupun keluarga pemuda itu sudah menjelaskan keadaan sebenarnya anaknya yang pengidap autisme.


Netizen turut mempertikai tindakan polis menahan pemuda itu, yang mana polis kemudian membuat permohonan reman untuk proses soal siasat.

Bagaimanapun, difahamkan permohonan reman ke atas pemuda itu ditolak mahkamah atas sebab keadaannya yang mengidap autisme.

Kejadian itu berlaku apabila keluarga pemuda autisme itu membawanya keluar makan malam di sebuah restoran kegemaran mereka di Subang Jaya sempena ulang tahun kelahirannya pada 11 September lalu.

Menerusi paparan bertarikh 12 September lalu di laman Facebook dipercayai milik ibunya mengguna nama Hasnah Abd Rahman, beliau mendakwa sebelum kejadian itu, anaknya berlari keluar dari restoran dan masuk ke beberapa kedai berhampiran.

“Memang menjadi kebiasaan dia berkelakuan demikian namun kali ini keadaan itu berbeza apabila saya tidak sedar dia bertindak menyentuh dada seorang gadis sehingga gadis itu ketakutan dan keluarganya mahu membuat laporan polis.

“Walaupun saya cuba menerangkan keadaan sebenar anak saya (autisme) mereka tidak mahu menerima sebarang alasan,” katanya. – BH Online

Kategori