Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tawar 50 Lembu, 70...

SEORANG peguam di Kenya menawarkan 50 ekor lembu, 70 bebiri dan 30 kambing...

“Dia Macam Nak Isytihar...

Tiba-tiba, kisah kedinginan hubungan persahabatan antara pelakon yang juga pemilik butik House of...

Terima Kasih PM, Aidilfitri...

PUTRAJAYA – Perkara pertama apabila melihat wajah pemimpin yang disayangi itu, Sofea Qaisara Syafiq Khuzairil terus menjulurkan tangannya untuk minta didukung oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis...

Zulin Minta Usah Perbesarkan...

PENGACARA dan pelakon Zulin Aziz berharap isu video yang memaparkan dia tidak bertudung...

Di Sebalik Nahas Bot Karam, Islam ‘Subur’ Di Itali

ROM – Tragedi bot karam di luar perairan Itali atau lebih tepat sempadan antarabangsa dekat Libya, yang meragut lebih 900 nyawa pada Ahad secara tidak langsung merungkai misteri betapa Islam ‘subur’ di negara Eropah itu.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, ketika pasukan penyelamat Itali bimbang angka maut nahas itu boleh melepasi jumlah kematian tragedi Titanic pada 1912 iaitu 1,500 orang, lain halnya media tempatan.

Tinjauan akhbar-akhbar Itali mendedahkan, negara itu menjadi antara pilihan ramai pelarian Muslim dari Afrika Utara sebelum transit ke Eropah, sehingga jumlah orang Islam menetap di sini, semakin meningkat.

Meskipun setakat ini belum ada angka rasmi bilangan penganut Muslim di Itali; ada anggar sekitar 1 juta orang, perkembangan positif itu menjana banyak perniagaan halal yang semakin rancak di ibu kotanya, Rom.

Seorang peniaga Muslim yang ditemui, Elsayed, berasal dari Mesir; berkata, dia tidak ‘menang tangan’ sibuk menjual daging kambing dan lembu halal yang mendapat pentauliahan banyak masjid di sekitar Rom.

Pasaran produk makanan halal yang berkembang pesat ujarnya, juga tidak hanya terhad kepada perniagaan runcit dan restoran, malah pusat-pusat kecantikan berkonsepkan Timur Tengah turut bertambah di seluruh Itali.

Sebuah restoran Muslim makanan halal di Rom. – Gambar hiasan

Berbeza dengan salun Barat yang banyak menggunakan cecair alkohol dan unsur babi, produk pusat kecantikan Muslim di Itali kian popular kerana lebih bersifat alami bahkan bebas daripada bahan haiwan dan kimia.


Dengan lebih ramai pelancong Muslim dari Asia Barat seperti UAE, Arab Saudi dan Qatar memilih untuk melawat Rom, hotel-hotel kini perlu menawarkan perkhidmatan khusus untuk kumpulan pelawat tersebut.

Misalnya, hotel bertaraf lima bintang Westin Excelsior, pelanggan Muslim boleh meminta agar Al-Quran diletakkan dalam bilik penginapan mereka berbanding kitab Injil, selain sejadah dan kompas tunjuk arah Qiblat.

Pusat Islam Rom yang juga masjid terbesar di benua Eropah. – Gambar hiasan

Saluran-saluran televisyen bahasa Arab yang diterima siarannya menerusi satelit serta makanan Timur Tengah bebas arak dan khinzir juga disediakan sebagai promosi baharu kebanyakan hotel ternama di Rom.

Meskipun penganut Islam didiskriminasi pihak pemerintah dan dipandang negatif berbanding agama-agama lain, jumlah masyarakat tempatan yang memeluk Islam dilaporkan terus bertambah kira-kira 10,000 orang setahun.

Sesuatu yang tidak diketahui dunia luar, Moschea di Roma, masjid terbesar di benua Eropah dengan kapasiti maksimum 12,000 jemaah berada di ibu kota Itali itu sejak siap dibina pada 1994 lalu. - Agensi/A.AMREE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori