Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pos Laju Raih Perolehan...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd menjangka cabang kuriernya, Pos Laju menyumbang perolehan...

Jerebu: 2 Masalah Hantui...

SRI AMAN - Selain masalah jerebu, bandar Sri Aman berkapasiti lebih 100,000 penduduk...

MAS Terima Pesawat Boeing...

SEPANG - Malaysia Airlines (MAS) menyambut ketibaan pesawat Boeing 737 ke-100 sambil meraikan...

Tiada Lagi Keperluan Tubuh...

KUALA LUMPUR - Isu penubuhan tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku Suruhanjaya Pilihan...

Bantuan RM200 Beri Semangat Kepada Pesawah

PARIT – Pemberian bantuan bulanan sebanyak RM200 sebulan dalam tempoh tiga bulan pertama bagi pesawah sementara menunggu hasil tuaian padi, sepertimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018 Jumaat lepas, amat melegakan golongan itu.

Zumaidi Bahirin, 47, yang mengusahakan 19 hektar sawah padi di Titi Gantong di sini berkata imbuhan itu membuktikan keprihatinan kerajaan dan memberikan semangat baharu kepada pesawah untuk lebih produktif.

“Saya tidak menyangka perdana menteri mengumumkan pemberian yang sangat-sangat membantu golongan pesawah.

“Bayangkan, selama ini kami tidak mempunyai pendapatan selama enam bulan berturut-turut, dan kini bantuan RM200 itu boleh membantu untuk kegunaan pembelajaan harian,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Bagi Samsiah Sulaiman, 60, yang bergantung kepada hasil tuaian padi semata-mata sejak lebih 10 tahun lepas berkata bantuan itu seperti ‘hadiah’ tambahan daripada kerajaan yang sebelum ini telah memberikan beberapa insentif untuk membantu meringankan beban golongan pesawah.

“Kerajaan sebelum ini memang dah bagi insentif termasuk bantuan baja, benih padi dan subsidi padi yang membantu mengurangkan kos pengeluaran…pengumuman itu sedikit sebanyak membantu perbelanjaan keluarga,” katanya yang mengusahakan 1.2 hektar sawah di Changkat Lada bersama suami Abdul Raof Abdul Rashid, 62.

Bagi pesawah di daerah Kerian yang merupakan Jelapang Padi Negeri Perak, bantuan berkenaan boleh digunakan mereka untuk membeli racun bagi meningkatkan hasil padi.


“Kenaikan harga racun begitu membebankan petani dan bantuan ini dapat membantu mereka,” kata Ketua Kampung Parit Haji Napis, Kerian, Roslan Yahaya, 50.

Mat Lazim Hashim, 80, dari Kampung Kedai Dua pula bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan itu kerana selain untuk kegunaan di tanah bendang mereka, ia juga boleh digunakan untuk menyara keluarga.

Perdana menteri ketika membentangkan Bajet 2018 mengumumkan pemberian RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan pertama kepada para pesawah sementara menunggu hasil tuaian padi dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM150 juta. – BERNAMA

Kategori