• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAS Terima Pesawat Boeing 737 Ke-100

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Malaysia Airlines (MAS) menyambut ketibaan pesawat Boeing 737 ke-100 sambil meraikan perkongsian lebih 40 tahun dengan pengeluar kapal terbang berkenaan pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pesawat baharu itu yang boleh terbang sehingga enam jam, berlepas dari Seattle pada 19 Disember dan melakukan persinggahan di Hawaii, Majuro dan Guam.

Perjalanan sejauh 15,000 kilometer itu mengambil masa 21 jam.

“Boeing 737-800 adalah yang terkini dalam jenis itu dengan peningkatan keupayaan ia mampu menawarkan kecekapan bahan api 15 peratus lebih baik.

“Varian Boeing 737 terus menjadi pesawat yang menakjubkan untuk syarikat penerbangan kami dengan kebolehpercayan yang konsisten, ekonomi dan keselesaan penumpang yang tiada tandingan,” katanya dalam ucapan selepas menyambut ketibaan pesawat berkenaan.

Ahmad Jauhari berkata, pesawat berbadan kecil dengan 160 tempat duduk itu turut dilengkapi hiburan ketika penerbangan dan ruang simpan barang di atas tempat duduk yang lebih besar.

Pesawat B737-800 yang diterajui Kapten Kamarozaman Ahmad itu tiba diLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari ini diberi sambutan tradisi dengan tembakan meriam air ketika ia bergerak menghampiri Hangar 5.

Untuk rekod, MAS menerima Boeing 737 pertama, iaitu 737-200 pada 1972 dan mengendalikan 737-200, 737-400, 737-500 dan 737-800 serta 737-400 dan 777-200ER. – BERNAMA

Tags: BoeingMAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd