Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pakar Simpulkan Adib Turun...

SHAH ALAM – Meskipun tiada saksi yang melihat Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim...

Ban Rosak Akibat Fenomena...

SHAH ALAM - Semua ban di kawasan pesisir pantai di Selangor yang rosak...

Pastikan Kelancaran Perhimpunan Agung...

KUALA LUMPUR – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang menjadi lokasi Perhimpunan Agung...

Akta 355 Bakal Dipinda,...

KOTA BHARU - Kerajaan bercadang untuk meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih...

Sokongan Padu Bagi Projek Jambatan Labuan

LABUAN – Parti komponen Barisan Nasional (BN) di Labuan sebulat suara menyokong kajian kebolehlaksanaan bagi projek jambatan Labuan yang dicadangkan dalam Bajet 2018.

Mereka berharap kajian itu dapat dipercepatkan demi kepentingan rakyat dan ekonomi di pulau itu tetapi status Labuan sebagai bebas cukai perlu dikekalkan.

Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Labuan Datuk Peter Mak berkata jambatan itu penting atas hakikat ia berdaya maju dari segi ekonomi untuk Labuan danSabah.

“Kita patut berterima kasih kepada perdana menteri yang mendengar rungutan rakyat dengan meluluskan kajian kebolehlaksanaan bagi pembinaan jambatan itu, kami yakin projek ini akan menjadi kenyataan,” katanya pada sidang media bersama dengan MIC, UPKO dan Gerakan di sini, hari ini.

Beliau berpendapat jambatan itu kelak akan berperanan meningkatkan lagi integrasi nasional dan kesejahteraan sosial rakyat.

“Yang penting, jika pulau ini dihubungkan dengan tanah besar oleh jambatan, kos hidup yang tinggi di pulau boleh dikurangkan berikutan kos pengangkutan untuk membawa barang keperluan pengguna dan bahan binaan dari tanah besar ke pulau akan lebih murah.

“Jambatan ini juga akan menyediakan akses ke pulau bukan sahaja bagi penduduk Sabah tetapi juga dari Sarawak dan negara jiran Brunei. Ia akan membantu dalam menarik para pelabur dan sekaligus menggiatkan aktiviti ekonomi di pulau” kata Mak.

Pengerusi MIC Labuan Datuk Ramasamy Rengasamy berkata jambatan dicadangkan itu akan membantu merealisasikan visi Labuan untuk menjadi hab pendidikan di rantau ini.

“Kami pernah mencadangkan penubuhan sebuah universiti terkemuka ASEAN di pulau ini beberapa tahun lepas, dan menjadikan Universiti Malaysia Sabah Labuan kampus antarabangsa (UMSKAL) sebagai universiti penuh, tetapi ini gagal dilaksanakan hanya kerana faktor kurang akses untuk pergi ke pulau itu dari tanah besar.

“Komuniti perniagaan di pulau ini juga berdepan kekurangan tenaga kerja mahir dan berpendidikan tinggi untuk memenuhi pemintaan dalam sektor minyak dan gas, oleh itu kami perlukan jambatan ini untuk menarik minat tenaga kerja seperti jurutera untuk bekerja di sini,” katanya.


Kelulusan bagi kajian kebolehlaksanaan projek jambatan bagi menghubungkan Labuan ke tanah besar Sabah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas.

Pengerusi Gerakan Labuan Datuk Oi Thiam Beng berkata industri pelancongan di pulau itu, yang sejak sekian lama menjadi enjin pertumbuhan ekonomi Sabah dan negara akan dapat dipergiatkkan lagi dengan adanya jambatan itu nanti.

“Pastinya lebih ramai orang akan datang ke pulau ini dan sekali gus ia akan membawa manfaat kepada ekonomi pulau ini dan sektor pelancongan, yang akahirnya akan mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya.

Ketua UPKO Labuan Ronald James berkata kelulusan bagi kajian itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat.

“Isu ini telah lama dibahaskan oleh banyak pemimpin dan beberapa kajian kebolehlaksanaan juga telah dijalankan oleh beberapa universiti tempatan,” katanya dan menurutnya pesakit kritikal boleh dihantar dengan mudah ke hospital utama di tanah besar menerusi jambatan tanpa perlu bergantung pada pernerbangan ihsan.

Bernama dimaklumkan kajian kebolehlaksanaan itu akan menelan kos kira-kira RM14.31 juta dan pembinaan jambatan itu akan mengambil masa antara tiga hingga empat tahun. – BERNAMA

Kategori