Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Zahid Umum Kembali Memimpin...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, membuat pengumuman...

Maxis Kurangkan Harga Pelan...

KUALA LUMPUR - Maxis akan mengurangkan harga Sim pek Pelan Tablet Hotlink mulai...

Warganet Berang Drama TV...

PUTRAJAYA: Meskipun siri drama ini sudah lama berakhir, namun salah satu babaknya terus...

Lim Kit Siang Menghidap...

GEORGETOWN - Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang,...

Bantuan Pesawah Terjejas Banjir Dalam Perincian Akhir

DUNGUN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang melakukan perincian akhir sebelum menyalurkan bantuan kepada pesawah yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bantuan akan disalurkan mengikut tahap kerugian dan kemusnahan yang dialami golongan tersebut.

“Kakitangan kita sudah melawat dan sudah buat anggaran cuma sekarang kita sedang buat perincian terakhir sebelum kita laksanakan bantuan…..ini kerana kita bimbang bencana belum berakhir lagi kerana difahamkan ada gelombang kedua dan kemungkinan (berlaku) gelombang ketiga.

“Tetapi, kita sentiasa peka dengan perkara ini dan bantuan akan diberi terutama kepada pesawah-pesawah padi.

“Perincian ini dibuat kerana tak semua kawasan sawah itu perlu diberi pampasan kerana setengahnya belum lagi menanam pun, kerana ada skim (penanaman padi) di mana kita ada bayaran mengikut kategori tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Agrobank bersama penduduk di Bandar Ketengah Jaya yang turut dihadiri Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di sini hari ini.


Baru-baru ini kementerian telah mengumumkan peruntukan RM9.3 juta sebagai bantuan penanaman semula kepada 5,941 pesawah yang terjejas melibatkan kira-kira 10,516 hektar sawah padi di Pulau Pinang dan Kedah.

Daripada jumlah itu, seramai 5,547 pesawah adalah di Pulau Pinang melibatkan kawasan sawah seluas 9,680 hektar dan 394 pesawah (835 hektar) di Kedah.

Ditanya mengenai nasib golongan nelayan di negeri itu yang tidak dapat turun ke laut menangkap ikan, Shabery berkata golongan nelayan juga akan menerima bantuan sekiranya penilaian dibuat mendapati mereka layak diberi bantuan akibat bencana itu. – BERNAMA

Kategori