• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warganet Berang Drama TV Papar Aksi Pengetua SBP Hisap Cerut

oleh Mohd Arshad
27/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Meskipun siri drama ini sudah lama berakhir, namun salah satu babaknya terus menjadi bahan kritikan ramai warganet kerana dianggap tidak logik dan menyalahi peraturan negara.

Isu itu mendapat perhatian ramai apabila dikongsi menerusi laman sosial kesihatan popular tanah air, Public Health Malaysia (PHM) kelmarin dan tular meraih hampir 5,000 tanda reaksi selepas memuat naik hantaran asal daripada seorang netizen tempatan, Yasmin Hanani Muhammad Sufian yang mempertikai adegan itu sebagai mengaibkan imej guru.

“Saya tak tahu sekolah mana cikgu boleh hisap rokok bukan sahaja dalam kawasan sekolah, malah depan pelajar. Tapi jangan risau, ini drama dan usah tanya drama apa saya tidak tahu. Namun ini memang babak guru dan pelajar sekolah di Malaysia. Buatlah homework (kerja rumah) boleh tak produser dan pengarah. Anda memalukan profesion guru,” nukilnya kesal.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati babak tersebut dipetik daripada sebuah drama dan pernah disiarkan menerusi satu saluran televisyen berbayar satelit tempatan dengan adegan itu memaparkan aksi pengetua sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) rekaan yang bertaraf elit di Cameron Highlands, Pahang.

Malangnya, babak itu ternyata tidak masuk akal kerana semua institusi pendidikan termasuk SBP adalah kawasan larangan merokok sejak diwartakan kerajaan pada 1997.

Malah, paparan individu yang merokok sebatang cerut dalam cereka itu juga adalah kesalahan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 apatah lagi tiada tanda amaran disiarkan.

Pentadbir akaun PHM itu turut mencatatkan hantaran bahawa jika di sesetengah negara maju, adegan merokok akan dikaburkan atau mungkin disunting keluar dari tayangan televisyen, bahkan meskipun diakui ada guru melepaskan ‘gian’ tabiat buruk itu di sekolah, tetapi ia lazim dilakukan secara tersorok tanpa dilihat sesiapa bagi menunjukkan teladan kepada murid.

“Sangka baik anggap sahajalah pengarah tidak pernah bersekolah. Sebab itu dia tidak tahu suasana dan peraturan sekolah,” komen seorang pengguna media sosial bernama Lia Marlia.

“Pengarah ini mungkin ingat dia mengarahkan drama cerita ala Megah Holding, walhal terlupa dia mengarahkan cerita di sekolah rupanya,” kata warganet dengan namanya Efa Sulaiman.

“Biasalah sekolah kayangan, sebab itu cikgu hisap curut, namun babak sebegini masih tidak wajar waima ini sekadar lakonan drama ringan,” luah netizen yang dikenali Banushreya Nair.

UtusanOnline-

Tags: Drama TV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd