• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Guna Bahan Terlarang Diharam Sertai Sukan – KBS

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kementerian Belia dan Sukan Sabah mengharamkan atlet yang didapati menggunakan bahan terlarang untuk menyertai sebarang aktiviti sukan di negeri ini termasuk bina badan.

Menterinya Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan atlet yang menggunakan bahan terlarang tetapi masih mahu menyertai acara sukan di negeri ini

“Ada atlet, contoh dalam bina badan, hanya kerana tidak mahu kalah dengan pihak lawan dan mahu otot bisep lebih besar lagi mulalah menggunakan bahan seperti suntikan steroid,” katanya semasa berucap merasmikan kejohanan Mr Sabah 2017 Peringkat Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, penggunaan bahan terlarang itu hanya merosakkan kehidupan atlet sendiri sekali gus nama Majlis Sukan Negeri Sabah.

Selain itu, beliau turut menyifatkan masalah obesiti di negara ini merupakan pembunuh senyap yang berupaya meragut nyawa, justeru pelbagai pendekatan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam mencegah perkara itu.

“Termasuklah dengan mengisytiharkan setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober sebagai hari Sukan Negara yang mana semua rakyat Malaysia bersama menerapkan budaya hidup sihat untuk mengadakan aktiviti fizikal demi kesihatan tubuh badan,” katanya.

Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas di Tawau menasihati penduduk di daerah ini agar memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan senaman untuk gaya hidup sihat. – BERNAMA

Tags: atletKBS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelaksanaan Kutipan RC Kenderaan Thailand Tahun Ini

Next Post

UMNO Ada Rekod Cemerlang Untuk Terus Terajui Negara

Related Posts

KBS Mahu Yuran Latihan Sukan Diberi Pelepasan Cukai Dalam Belanjawan 2024

KBS Mahu Yuran Latihan Sukan Diberi Pelepasan Cukai Dalam Belanjawan 2024

02/09/2023
0

KOTA KINABALU : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan agar pelepasan cukai diberikan kepada ibu bapa atau individu yang berbelanja...

Kontroversi Dodgeball: KBS Jumpa Pihak Terlibat Minggu Depan

Kontroversi Dodgeball: KBS Jumpa Pihak Terlibat Minggu Depan

15/07/2023
0

GEORGE TOWN – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil maklum kontroversi gangguan seksual oleh jurulatih dodgeball melibatkan beberapa murid sekolah...

Next Post

UMNO Ada Rekod Cemerlang Untuk Terus Terajui Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd