• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

48 Kes Demam Campak Direkodkan Di Bintulu

oleh Ahmad Albab
25/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan sebanyak 48 kes positif demam campak dilaporkan di Bintulu sejak 13 April hingga Isnin (21 Mei) lepas.

Pengarahnya Dr Jamilah Hashim berkata 19 daripadanya adalah kes wabak manakala 29 adalah kes sporadik dan wabak ini melibatkan lapan kawasan yang terdiri daripada taman perumahan, penempatan pekerja kilang papan dan tadika.

“Daripada 48 kes yang dikesan di Bintulu, 20 kes (41.67%) adalah dalam kalangan kanak-kanak bawah tujuh tahun. Sejumlah 43 kes (89.58%) tidak menerima vaksin measles (campak), 12 kes (27.9%) belum layak kerana berumur kurang dari enam bulan, enam kes (13.9%) tidak pernah terima vaksin dan 25 kes (58.1%) tidak diketahui status imunisasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hingga kini, seramai 22,414 individu telah diperiksa dan 675 daripadanya telah diberi suntikan vaksin di kawasan wabak di samping sebuah tadika telah diarahkan tutup seminggu hingga Isnin (21 Mei).

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan terus menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan wabak demam campak di kawasan yang telah dikenal pasti.

“Ia amat penting dilaksanakan bagi membendung penularan wabak dan komplikasi akibat daripada demam campak terutamanya dalam kalangan bayi, pesakit yang mempunyai kurang daya tahan melawan penyakit dan warga emas. Aktiviti ini akan diteruskan sehinggalah wabak diisytiharkan tamat,” katanya.

Dr Jamilah turut menasihati mana-mana individu yang mengalami gejala demam campak seperti demam, ruam, batuk, selesema atau mata merah berair (konjuntivitis) untuk segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.

“Pengesanan dan rawatan awal dapat membendung penularan demam campak dalam kalangan masyarakat dan mencegah komplikasi yang lebih teruk,” katanya. – BERNAMA

Tags: demam campaksarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahmad Shabery Letak Jawatan Ketua UMNO Cawangan

Next Post

Tahan Pati Mengemis Di Bazar Ramadan

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Tahan Pati Mengemis Di Bazar Ramadan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd