• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

33 ‘Geng 36’ Dituduh Di Mahkamah Sesyen Seremban

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seramai 33 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menjadi anggota ‘Geng 36’ yang aktif dalam pelbagai kegiatan jenayah terancang seperti bunuh dan pemerasan.

Kesemua tertuduh, yang berusia di antara 25 hingga 54 tahun, didakwa menjadi anggota kumpulan jenayah terancang itu di Negeri Sembilan antara 1 Jan 2015 dan 29 Mac lepas.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fathiya Idris.

Pendakwaan dikendalikan o­leh Timbalan Pendakwa Raya Ketua Bahagian Pendakwaan II, Jabatan Peguam Negara Saiful Edris Zainuddin.

Seramai 10 orang daripada tertuduh diwakili peguam B. Jayaprakash Rao, Paulkrishna Raja dan S. Thevar manakala selebihnya tidak diwakili peguam.

Kes itu akan disebut semula pada 22 Mei depan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban.

Kesemua 33 tertuduh kemudian dihantar ke Penjara Sungai Udang, Melaka.

Sepanjang prosiding, anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dari Bukit Aman yang lengkap memakai topeng muka, berpakaian gelap dan bersenjata mengawal ketat di luar mahkamah. – BERNAMA

Tags: Geng 36
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mywatch Lapor Polis Kes Calon Sogok Nurul Izzah

Next Post

Rosliza Gagal Perisytiharan Dirinya Beragama Buddha

Related Posts

3 Anggota Polis Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari Tuduhan Bantu ‘Geng 36’

29/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis wanita dan dua anggota polis dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majisret di sini hari...

Polis N.Sembilan Tumpaskan Kongsi Gelap ‘Geng 36’

10/04/2018
0

SEREMBAN - Polis menumpaskan 'Geng 36' ekoran penangkapan 34 anggota kumpulan kongsi gelap itu dalam ‘Ops Cantas Hoben’ yang dijalankan...

Next Post

Rosliza Gagal Perisytiharan Dirinya Beragama Buddha

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd