• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Anggota Polis Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari Tuduhan Bantu ‘Geng 36’

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis wanita dan dua anggota polis dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majisret di sini hari ini atas tuduhan membantu anggota kumpulan Geng 36 iaitu pertubuhan yang salah di sisi undang-undang, tiga tahun lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som membuat keputusan itu terhadap Inspektor S. Kushalani, 32, Sarjan A. Rajaratnam, 42, dan Konstabel M. Uthayakumar, 32, selepas Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memaklumkan pihak pendakwaan mendapat arahan untuk melepas tanpa membebaskan ketiga-tiga tertuduh daripada pertuduhan tersebut.

“Mahkamah dengan ini membatalkan kes terhadap ketiga-tiga tertuduh. Ketiga-tiga tertuduh dilepas tanpa dibebaskan dan wang jaminan dikembalikan kepada ketiga-tiga tertuduh,” kata Mahyudin semasa kes itu disebut hari ini.

Mereka masing-masing didakwa membantu anggota kumpulan Geng 36 yang merupakan satu pertubuhan menyalahi undang-undang di Beats Club, Desa Sri Hartamas, di sini antara 1 Jan 2015 dan 2 Mei tahun lepas mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Pada 1 Okt lepas, Kushalani yang diwakili peguam, R. T. Gaithri, Uthayakumar diwakili peguam Nicholas Netto manakala Rajaratnam pula diwakili peguam, Siti Hanis Che Wahab mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Kumpulan Geng 36 dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah terancang seperti membunuh, mendatangkan kecederaan, peras ugut, khianat de­ngan api dan pengedaran dadah. – BERNAMA

Tags: anggota polisGeng 36
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd