PELABUHAN KLANG - 'KM Bagan Datuk', Kapal Ronda Generasi Baharu (NGPC) pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), melakukan pelayaran sulung ke perairan Batuan Tengah di Selat Singapura, hari ini. Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata pelayaran itu adalah bersempena majlis perasmian Pangkalan Abu Bakar di Johor esok, yang akan disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. "Kapal ini akan berlepas ke perairan Batuan Tengah hari ini. Setelah (program perasmian) selesai, kita akan memutuskan sama ada untuk membawanya balik ataupun terus berada di laut untuk mengoperasikan peralatan yang ada di kapal itu," katanya dalam sidang media. Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Rasmi KM Bagan Datuk oleh syarikat perkapalan tempatan Destini Marine Sdn Bhd (DMS) kepada APMM di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Urusan ...