• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelayaran Sulung ‘KM Bagan Datuk’ Ke Batuan Tengah

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – ‘KM Bagan Datuk’, Kapal Ronda Generasi Baharu (NGPC) pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), melakukan pelayaran sulung ke perairan Batuan Tengah di Selat Singapura, hari ini.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata pelayaran itu adalah bersempena majlis perasmian Pangkalan Abu Bakar di Johor esok, yang akan disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Kapal ini akan berlepas ke perairan Batuan Tengah hari ini. Setelah (program perasmian) selesai, kita akan memutuskan sama ada untuk membawanya balik ataupun terus berada di laut untuk mengoperasikan peralatan yang ada di kapal itu,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Rasmi KM Bagan Datuk oleh  syarikat perkapalan  tempatan Destini Marine Sdn Bhd (DMS) kepada APMM di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Destini Datuk Rozabil Abdul Rahman.

KM Bagan Datuk yang dirasmikan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada 15 Mac lepas merupakan kapal pertama daripada enam yang dibina DMS untuk APMM.

Zulkifli berkata kapal peronda itu berukuran 45 meter dan bakal ditempatkan di Daerah Maritim Klang (DM4) di sini, akan beroperasi sekitar perairan Selat Melaka untuk misi mencari dan menyelamat selain  melakukan pemantauan di zon maritim Malaysia secara berkesan.

“NGPC ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan serta kelengkapan bagi membantu dalam pengoperasian Maritim Malaysia. Perolehan ini juga bagi menggantikan 15 kapal kelas SIPADAN yang diterima APMM daripada Tentera Laut Diraja Malaysia ketika awal penubuhan agensi ini,” katanya.

Beliau berkata kapal itu juga yang pertama dilengkapi dengan sistem UAV Fulmar daripada model Thales, yang mana krew kapal boleh membuat pengawasan udara sejauh 80 batu nautika.

UAV Fulmar diintegrasikan dengan Sistem Identifikasi Automatik (AIS) dan berkemampuan menggalas tugas kapal seperti operasi pencegahan kes lanun, kawalan aktiviti perikanan dan pengawasan persempadanan.

Dilengkapkan dengan dua enjin MTU berkuasa 1,920 kilowatt (kW), kapal tersebut boleh mencapai kelajuan 24 knot serta boleh menempatkan sehingga 41 anak kapal.

Pembinaan KM Bagan Datuk bermula pada Disember 2015 selepas DMS diberi kontrak membina enam kapal peronda bernilai RM381.3 juta. – BERNAMA

Tags: Datuk Zulkifli Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencerobohan Bot Nelayan Vietnam Semakin Berleluasa

20/10/2017
0

KUANTAN - Pencerobohan bot nelayan asing Vietnam di perairan Pantai Timur dan Sarawak semakin berleluasa kebelakangan ini, berdasarkan peningkatan mendadak...

Kawasan SAR Kelasi USS 100 Batu Nautika Persegi

21/08/2017
0

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru kapal pemusnah Amerika Syarikat USS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd