Mee Sup Istimewa Yang Sangat Sedap

Jom kita tengok rahsia menyediakan kuah sup yang sangat istimewa ini, oh rupa-rupanya ada air asam jawa dan belacan bakar di dalam sup, agak lain bukan?

Bahan bahan:

1 ekor ayam – potong kecil
2 bawang besar kuning – cincang/kisar
1 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar.
2 kiub stok daging
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:

2 pek mee kuning/mee hoon – celur
1 ikat sawi – celur
Cili kicap – resepi di bawah
Daun sup – hiris
Bawang goreng

Cara cara:

Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi.

Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.

nate

Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis.

nate2

Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.

nate3

Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.

nate4

Cili Kicap

Bahan bahan:
Segenggam cili padi – 15 biji cili merah dan hijau
3 ulas bawang putih
3-4 biji limau kasturi – perah airnya
Sedikit cuka
Kicap manis
Garam
Gula

Cara cara:
Sangai bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk. Masukkan air perahan limau kasturi, sedikit cuka dan kicap manis. Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula.

Nota:
Cara bakar belacan. Susun belacan yang dipotong dalam dulang dan bakar dalam oven. Angkat dan boleh simpan dalam bekas sebelum disimpan dalam peti ais.

belacan

Loading...