Laksa Johor Yang Sedap

Adakah anda seorang yang menggemari makanan tempatan kita iaitu Laksa? Bagi penulis, Laksa itu bagaikan ‘hidangan tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas’

Sememangnya sudah menjadi makanan ‘favourite’ bila bekesempatan untuk balik kampung.

Al-maklumlah, dalam bab-bab makan ni makanan kita sememangnya ‘champion’ tak gitu?

Bahan bahan:

1 paket spaghetti – makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:

5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:

Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara:

Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

laksa

Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.

Spaghetti: Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

laksa2

Ulam ulam:

Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh.

Sambal belacan:

Cili kering – rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang:

Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.

laksa 3

Sumber: Azie Kitchen

Loading...