Apam Balik Lembut Dan Mudah

Kalau di pasar malam, tak lengkaplah kalau tak ada yang menjual makanan satu ni.

Kalau dah teserempak tu, mesti teringin nak beli kan?

Makanan ni biasanya digemari oleh mereka yang sukakan makanan yang manis.

Sekarang tiba masanya kita ketahui apakah resepi untuk membuat apam balik yang lembut dan sedap ini.

Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/3 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Bahan tabur:

Kacang tanah yg telah di kisar
Gula pasir
1 tin jagung ala cream
Mentega

Cara cara:

Blend telur dan gula hingga kembang. Masukkan baking powder, yis, minyak dan garam. Blend lagi dan masukkan air. Blend lagi.

Masukkan tepung, blend lagi dan akhir sekali, masukkan pewarna. Blend sebati. Perap selama 1 hingga 2 jam.

Dengan menggunakan kuali non stick, tak perlu letak minyak. Buat saiz kecil kecil, letak inti banyak banyak.

apam

apam2

apam3

apam 4

apammmm

Bolehlah diangkat dan siap untuk dihidangkan panas panas bersama teh O. Memang terbaik.

Sumber: Azie Kitchen

Loading...