• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, BN Perlu Amal Politik Hujah, Khidmat Kekal Relevan

oleh AK-47
30/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kekal relevan sepanjang masa dengan menonjol sebagai parti yang mengamalkan politik hujah serta politik khidmat, dan bukannya politik emosional, kata Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata politik hujah seharusnya diterjemahkan dalam bentuk penerangan kepada rakyat mengenai usaha yang dilakukan parti tersebut selain menjawab sebarang isu dimainkan pembangkang.

Mengenai politik khidmat, Salleh berkata UMNO serta BN perlu terus berkhidmat kepada semua lapisan rakyat dan bukannya hanya terhad untuk anggota parti sahaja.

“UMNO dan BN juga perlu menunjukkan ia bukan parti yang mengamalkan politik emosional dengan memberi peluang kepada rakyat membuat perbandingan antara parti berkenaan dan pembangkang.

“UMNO dan BN kalau ada kekurangan, kami tetap berusaha memberi khidmat kepada rakyat berbeza dengan pembangkang yang bergaduh antara sama lain, malah kepimpinan, kabinet bayangan pun tiada,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini hari ini.

Salleh berkata untuk terus mendapat sokongan rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), UMNO dan BN harus bersikap dinamik dengan memahami kehendak rakyat termasuk berkaitan kos sara hidup serta perumahan.

Katanya pemimpin serta kerajaan yang baik sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan bukan lagi beranggapan bahawa ia serba tahu.

“Kita perlu ingat rakyat di peringkat akar umbi tiada masa untuk berpolitik, setiap hari mereka bekerja mencari cara untuk hidup dan mereka ini adalah kumpulan majoriti senyap.

“Kita juga kena melihat daripada perspektif berbeza misalnya kalau isu perumahan. Bagi yang bergaji RM3,000 atau RM5,000 bagaimana mereka nak membeli rumah, apakah rumah yang disediakan Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) mencukupi,” tambah Salleh. – BERNAMA

Tags: BNUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Beradik Penagih Dadah Ditahan Sekatan Jalan Raya

Next Post

Pesara Tangkap Ikan Maut Dibaham Buaya Di Pelabuhan

Related Posts

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri menyatakan kesediaannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan parti itu bagi...

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, termasuk dari Sabah, mendesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil...

Next Post

Pesara Tangkap Ikan Maut Dibaham Buaya Di Pelabuhan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd