• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana 2.6B: SPRM Akan Ambil Keterangan Najib

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat berhubung siasatan mengenai SRC International dan dana RM2.6 bilion yang diterima beliau.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Perdana Menteri sudah bersetuju untuk diambil keterangan.

“SPRM sedang menunggu tarikh untuk menemu bual beliau (Najib) bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu yang berkaitan siasatan,” katanya.

Abu Kassim berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 16 Bil. 2/2014 (Penolong Penguasa Gred P29) dan Siri 17 Bil. 3/2014 (Penguasa Gred P41) di sini hari ini.

Abu Kassim berkata SPRM menyasarkan untuk melengkapkan siasatan kes SRC International sebelum akhir tahun ini dengan syarat badan itu boleh mengakses kepada dua pengarah SRC International iaitu saksi penting yang masih berada di luar negara dan diambil keterangan mereka.

“Pun begitu ia tidak menghalang SPRM daripada memanggil Najib untuk diambil keterangan,” kata Abu Kassim.

Menurutnya SPRM menjalankan siasatan merangkumi kesemua aspek dan pegawai SPRM sedang bekerja keras untuk menyiapkan kertas siasatan mengikut tempoh masa yang disasarkan.

Mengenai siasatan dana RM2.6 bilion, SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan kerana kebanyakan transaksi berlaku di luar negara dan ini memerlukan proses Mutual Legal Assistance (MLA), kata beliau.

“SPRM memerlukan masa untuk mendapatkan kerjsama beberapa pihak di luar negara,” kata Abu Kassim.

Beliau berkata sementara SPRM berhasrat menyelesaikan siasatan isu SRC International dan dana RM2.6 bilion dengan segera, namun badan itu tidak akan berkompromi dari segi kepentingan bukti dan saksi-saksi penting.

SPRM akan memaklumkan status siasatan dari masa ke semasa kepada badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, katanya.

Beliau seterusnya berkata sebagai sebuah suruhanjaya bebas, SPRM mengambil kira harapan semua pihak termasuk kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu pada awal Oktober.

“SPRM memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gilakan Nutella? Ini Resepi Mudah Nutella Homemade

Next Post

Nora Danish Mohon Maaf Bertudung Umpama Rahib

Related Posts

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

16/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menyifatkan permohonan maaf oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

Next Post

Nora Danish Mohon Maaf Bertudung Umpama Rahib

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd