• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Pihak Perlu Jayakan Agenda Negara Bebas Rasuah

oleh Ahmad Albab
04/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan sokongan semua pihak tanpa mengambil kira perbezaan pendapat, latar belakang dan politik dalam menentang dan membebaskan negara daripada gejala rasuah, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata perjuangan menentang rasuah tidak mengenal masa dan tempat yang mana ia memerlukan kerjasama tidak berbelah bahagi daripada semua pihak termasuk golongan belia di negara ini.

“Jika kita ingin berjaya dalam usaha menentang rasuah, kita perlu mengetengahkan hal ini di setiap peringkat dan platform, jika ingin menjadi negara yang paling lantang bersuara menentang dan bebas rasuah,” katanya.

Reezal Merican yang juga Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara UMNO berkata demikian ketika berucap pada program Millennials Empowerment Summit (MES) anjuran biro tersebut yang diadakan hari ini bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Konvensyen berkenaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti.

Reezal Merican berkata usaha menentang gejala rasuah ini bukan sahaja dituntut atas dasar cintakan negara malah amat digalakkan dalam agama Islam bagi membentuk jati diri yang menolak apa sahaja bentuk penerimaan dan suapan berkaitan rasuah.

Sementara itu, Presiden Kelab UMNO Luar Negara Ahmad Syazwan Shah ketika ditemui Bernama berkata golongan belia khasnya pelajar perlu didedahkan dengan lebih banyak program berkaitan gejala rasuah bagi mendapatkan perspektif dan penjelasan yang lebih komprehensif.

“Belia sekarang, apabila sebut pasal rasuah, mereka pasti akan kaitkan dengan ahli politik. Jadi lebih banyak program perlu diadakan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai isu ini selain mencari jalan bagi sama-sama membanterasnya.

“Secara peribadi, saya percaya persepsi rasuah dengan ahli politik tanpa mengira parti politik mana sekalipun boleh diubah atau dijernihkan jika kita mempunyai fakta atau maklumat berbanding dengan permainan persepsi,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung bermula 5 hingga 9 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan 5,739 perwakilan dijadualkan menghadiri perhimpunan itu. – BERNAMA

Tags: rasuahReezal Merican
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

60 Kanak-Kanak Sertai Program Khatan KKLW

Next Post

Frekuensi Radio: Peniaga Dihadap Ke Mahkamah

Related Posts

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

18/06/2025
0

Kuala Lumpur: Dua individu bergelar datuk termasuk seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah...

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Next Post

Frekuensi Radio: Peniaga Dihadap Ke Mahkamah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd