• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Injuksi Najib Didengar Pada 8 Jun

oleh Ahmad Albab
01/06/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permohonan injunksi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghalang anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee daripada memfitnahnya berhubung satu klip video yang dimuatkan di laman Facebook, akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baharu, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili perdana menteri berkata Hakim Mohd Zaki akan mendengar permohonan injunksi inter-parte itu selepas seorang pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, yang sepatutnya mendengar permohonan tersebut menarik diri daripada mendengar permohonan berkenaan.

Peguam itu berkata demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Timbalan Pendaftar Erry Shahriman Nor Aripin hari ini, yang turut dihadiri peguam Joanne Chua mewakili Pua.

Pada 24 Mei lepas, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menarik diri daripada mendengar permohonan itu atas alasan beliau pernah aktif dalam politik serta menjadi anggota pentadbiran dan Dewan Negara sebelum menganggotai badan kehakiman.

Sementara itu, Joanne berkata permohonan injunksi itu akan didengar pada 8 Jun.

Pada 21 April lepas, Hakim Abu Bakar Jais membenarkan permohonan Najib bagi mendapatkan injunksi sebelah pihak (ex-parte) untuk menghalang Pua selaku defendan daripada menerbitkan perkataan sama atau serupa seperti yang terkandung dalam kenyataan defendan itu.

Najib memohon injunksi sebelah pihak berasaskan kebimbangan peribadinya akan betapa seriusnya kenyataan memfitnah Pua itu boleh menjejaskan kedudukannya sebagai perdana menteri, menteri kewangan serta pemimpin sebuah parti politik.

Pada 21 April lepas, Najib atas kapasiti peribadinya menyaman Pua atas dakwaan memfitnah berhubung kenyataan Pua dalam “live video” berkaitan pembentangan Rang Undang Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib selaku plaintif mendakwa Pua telah membuat satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlimen pada 6 April lepas, yang telah dirakamkan dan dimuat naik oleh defendan dan/atau ejen-ejennya dalam Facebook rasminya ‘Tony Pua’.

Plaintif mendakwa klip video berdurasi dua minit dan 21 saat itu bertajuk “BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill”, boleh diakses dan ditonton secara meluas dan mudah di internet.

Najib mendakwa kenyataan dalam ‘live video’ itu mengandungi perkataan yang merujuk secara spesifik kepadanya dan membawa maksud bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa dengan memberi arahan melalui Kabinet kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat agar memberi laluan kepada anggota Parlimen Marang untuk mengusulkan Rang Undang-Undang Persendirian dan mengetepikan Rang Undang-Undang yang lain.

Najib turut memohon ganti rugi am, tambahan, teladan, faedah dan satu perintah injunksi bagi menahan defendan atau ejen-ejennya dalam apa cara sekali pun daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan-perkataan fitnah terhadapnya selain memohon perintah supaya Pua mengeluarkan ‘live video’ itu daripada laman Facebook beliau dengan serta-merta. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakTony Pua
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

20 Sebatan Jual Juadah Berbuka Sebelum Jam 4

Next Post

Produktiviti Buruh Malaysia Pada 2016 Meningkat

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Produktiviti Buruh Malaysia Pada 2016 Meningkat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd