• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwaan Tutup Kes 4 Pertuduhan Peguam Muhammad Shafee

oleh Mohd Arshad
12/05/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan hari ini telah menutup kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa didakwa atas empat pertuduhan membabitkan penerimaan wang RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz memaklumkan perkara tersebut kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin di sini hari ini.

Ia selepas selesai memanggil saksi kelapan yang juga saksi terakhir mereka iaitu pegawai penyiasat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Mohamad Farid Jabar.

“Pihak pendakwaan menutup kes pada hari ini setelah memanggil lapan saksi. Pendakwaan tidak menawarkan saksi kepada pihak pembelaan,” katanya.

Justeru mahkamah kemudian menetapkan 15 September ini untuk mendengar hujahan lisan daripada pendakwaan dan barisan pembelaan yang diketuai peguam bela, Harvinderjit Singh.

Sebagai rekod, kes tertuduh mula dibicarakan pada 21 Mei 2021 selepas ia dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee didakwa atas dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterimanya daripada Najib.

Beliau didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta lagi pada 17 Februari 2014 di CIMB Bank Bhd, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee juga didakwa atas dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015 di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.

Sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum satu tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda daripada jumlah hasil aktiviti haram.

-Kosmo Online

Tags: Muhammad ShafeePeguam Muhammad ShafeePendakwaan Tutup Kes
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Baharu Covid-19 Melonjak, Catat 3,321 Kes Semalam

Next Post

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Penuntut USAS Maut Nahas

Related Posts

Mahkamah: Muhammad Shafee Kembali Wakili Najib Dalam Kes SRC

Mahkamah: Muhammad Shafee Kembali Wakili Najib Dalam Kes SRC

28/09/2022
0

KUALA LUMPUR – Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kembali mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Keputusan LHDN Saman Muhammad Shafee 28 September

Keputusan LHDN Saman Muhammad Shafee 28 September

13/09/2022
0

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi hari ini, menetapkan 28 September ini, untuk keputusan kes saman difailkan kerajaan Malaysia melalui Lembaga...

Next Post

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Penuntut USAS Maut Nahas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd