Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Terengganu Terima, Hormati...

KEMAMAN : Barisan Nasional (BN) Terengganu menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri...

Kartun Nanyang: Pemuda UMNO...

GEORGE TOWN - Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung...

Nak Berpoligami… Dalami Ilmu...

SELAKU orang yang berpengalaman, pelawak dan penyampai radio popular Salih Yaakob menasihati kepada mana-mana...

Piala AFF Suzuki: Lebih...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 783 anggota polis akan bertugas mengawal keselamatan dan trafik...

Kecoh MAZA Kata Ramasamy ‘Pengganas’

ALAHAI… Tindakan pelbagai pihak anti-Islam mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) segera usir pendakwah ternama, Dr. Zakir Naik balik ke India bukan sahaja dibantah keras masyarakat Islam.

Malah Mufti Perlis Datuk Mohd. Asri Zainul Abidin yang diketahui penyokong kuat ulama antarabangsa itu turut kritik pihak terbabit kerana dianggap takut ramai bukan Islam tertarik dan memeluk Islam selepas ceramahnya.

Terbaharu, mungkin marah dengan desakan gerakan anti-Islam tertentu, beliau yang mesra disapai sebagai MAZA tanpa diduga berkongsi kiriman menerusi akaun sosial Facebook yang seru pihak berkuasa siasat P. Ramasamy.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II itu didakwa Mohd. Asri ada kaitan dengan kumpulan pemisah Harimau Pembebasan Tamil Elam (LTTE) di Sri Lanka yang juga menuntut pulau tersebut dijadikan sebagai negara Hindu.

Untuk rekod, LTTE diklasifikasi sebagai organisasi pengganas oleh lebih 30 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kerana aktif bunuh minoriti Islam Sri Lanka.

“Satu siasatan perlu dibuat berkaitan dakwaan ini. Ia sangat serius. Rakyat negara ini menolak terorisme dan golongan pelampau yang boleh cetus kekacauan dalam negara ini,” tulis Mohd. Asri dalam laman itu pada 9 Julai.

Beliau turut berkongsi pautan seorang netizen iaitu Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia, Zamri Vinoth yang mendakwa Ramasamy merupakan pejuang LTTE dan pernah pegang jawatan dalam kumpulan pelampau itu.

“Pengganas sebenar tuduh orang lain sebagai pengganas. Saya bangkang keputusan DAP dalam isu ini,” tulisnya melalui Facebook merujuk ADUN Perai itu dilantik Kerajaan Pulau Pinang jadi orang penting di negeri tersebut.

Gempar dengan tular berita panas itu, sebuah portal tempatan pro-PH melaporkan konon Ramasamy nafi terlibat dalam LTTE tetapi berdalih gambar tersebut hanya dirakam pada tahun 2004 sebelum beliau menjadi wakil rakyat.

Pemimpin DAP itu; yang lantang persoal keputusan kerajaan PH enggan usir Zakir, bahkan mendakwa beliau cuma terbabit dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE untuk proses damai dengan pemerintah Sri Lanka.

Ketika dihubungi FMT, Ramasamy berkata jawatankuasa itu bukan sebahagian daripada kumpulan pemberontak, yang menjadi dalang perang saudara puluhan tahun di Sri Lanka dan menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh.


Sebaliknya beliau mendakwa jawatankuasa itu ditubuhkan oleh kerajaan Sri Lanka selepas perjanjian damai dicapai antara pihak Colombo dan LTTE dengan merujuk kepada Sekretariat untuk Penyelarasan Proses Damai (SCOPP).

“Saya dijemput jadi sebahagian jawatankuasa itu, yang terdiri daripada anggota LTTE dan bukan LTTE termasuk ahli akademik dan aktivis dari seluruh dunia. Ideanya adalah untuk dapat Cadangan Pentadbiran Interim.”

Ramasamy berkata beliau diminta untuk menyertai jawatankuasa itu kerana pernah menulis mengenai konflik di Sri Lanka. Katanya, beliau tidak terganggu dengan persepsi orang ramai terhadap LTTE sebagai organisasi pengganas.

“Saya tidak berasa marah pun tetapi ia ditubuh untuk bantu proses damai dan akhiri konflik bersenjata,” katanya yang juga pernah terlibat dalam proses damai di Aceh sekali gus menamatkan konflik di wilayah Indonesia tersebut.

Ramasamy berkata berdasarkan pengalamannya di Sri Lanka, beliau diminta memainkan peranan sebagai penasihat dalam proses damai di Aceh yang menyaksikan pemberontakan bersenjata dilancarkan oleh Gerakan Aceh Merdeka.

“Tetapi saya ingin tegaskan tidak pernah jadi sebahagian daripada LTTE, malah saya tidak sokong sebarang badan pengganas atau pejuang bersenjata,” katanya merujuk kepada Zakir yang dianggapnya sebagai ulama kontroversi.

Secara kebetula pula, beberapa hari sebelum itu Ramasamy dikritik pelbagai organisasi Islam kerana persoal konon ada “perjanjian rahsia” antara pihak Malaysia dan India, selepas kerajaan PH sendiri enggan mengusir Zakir balik.

Jumaat minggu lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pentadbiran PH tidak akan usir Zakir yang mempunyai status penduduk tetap, selagi beliau tidak menimbulkan masalah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori