Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Cuaca Panas Dijangka Kembali...

KUALA LUMPUR - Cuaca panas akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ketika ini...

Azizulhasni Raih Emas Ke-2...

JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang, menerima suntikan berharga menjelang Sukan Asia...

Berisiko Biarkan Omicron Jadi...

KUALA LUMPUR: Pandangan yang menganggap Omicron mampu menjadi 'vaksin semula jadi' untuk melawan...

BNM Nasihat Berwaspada Tawaran...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan...

Kertas Siasatan Dera Amah Hampir Siap

GEORGE TOWN – Kertas siasatan kes kematian pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai didera majikannya dalam kejadian di Taman Kota Permai 2, di sini Ahad lepas, hampir siap.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata pihaknya hanya menunggu laporan penuh bedah siasat dan perubatan pembantu rumah itu bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

“Seramai 19 individu termasuk tiga doktor, saksi dan jiran majikan pembantu rumah itu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan serta melengkapkan kertas siasatan tersebut.

“Saya jangka mungkin dalam tempoh terdekat kertas siasatan itu siap untuk diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Computerized Patrolling System (Cops Box), di sini hari ini.

Adelina Lisio, 28, yang mengalami kecederaan parah termasuk luka dan lebam pada badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada kira-kira 4.45 petang Ahad dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Mangsa ditemui kira-kira 8 malam Sabtu selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang juga pembantu kepada Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Lim dan menahan dua beradik lelaki dan perempuan itu sebelum menahan ibu mereka iaitu majikan mangsa pada Isnin bagi membantu siasatan.


Thaiveegan berkata mayat Adelina telah diserahkan kepada pihak Konsulat Indonesia di Pulau Pinang hari ini selepas semua proses dan siasatan selesai dijalankan.

Katanya setakat ini, tiada tangkapan baharu dan hanya tiga suspek utama iaitu tiga beranak yang merupakan majikan kepada mangsa sahaja yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, Naib Konsul General Indonesia di Pulau Pinang Osrinikita Zubhana berkata pihaknya sedang menjalankan proses dokumentasi untuk membawa pulang mayat Adelina selepas mendapat kelulusan polis bagi membawa pulang mendiang ke kampung halamannya.

“Jasad mendiang dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Nusa Tenggara, Indonesia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori