Anak Jackie Chan Ditahan Di Beijing Kerana Dadah

Polis Beijing dengan rasminya menahan anak lelaki bintang filem Hong Kong Jackie Chan yang disyaki membenarkan orang lain mengambil dadah.

Menurut pendakwa, tuduhan itu membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara.

Pejabat Pendakwa Daerah Dongcheng memberi kebenaran bagi penahanan pelakon Jaycee Chan berikutan permintaan daripada polis minggu lalu.

Jaycee Chan, 31, adalah selebriti berprofil tinggi yang ditahan oleh pihak berkuasa polis kerana tuduhan berkaitan dadah pada 14 Ogos lalu bersama bintang filem Taiwan Ko Kai.

Polis Beijing turut menemui sejumlah 110 gram ganja ketika pemeriksaan di pangsapurinya. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIMEBUSTERZ

Loading...