• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Buka Tender Projek Lindungi Negara Itu Tenggelam

oleh
29/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Dengan paras air laut di peringkat global dijangka semakin meningkat, Public Utility Board (PUB) terpaksa buka tender bagi mengenal pasti cara-cara melindungi struktur pantai Singapura daripada tenggelam.

Demikian diumumkan sendiri oleh agensi air negara tersebut menerusi satu kenyataan rasmi media yang dikeluarkan pada 27 Januari dan turut disiarkan stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

PUB dilaporkan sedang menimbangkan untuk mengarahkan agar satu kajian kejuruteraan dijalankan bagi mengenal pasti langkah-langkah melindungi struktur-struktur yang melindungi tanah daratan utama Singapura.

Ini termasuk empangan, pintu pasang surut, daik dan alur limpahan air di 11 takungan bagi menangani isu air laut yang semakin meningkat pada masa akan datang dan dijangka menenggelamkan republik itu jika kurang bersedia.

Tender dikeluarkan PUB tersebut bakal menyemak kembali rekaan struktur sedia ada dan menilai sama ada ia mencukupi untuk bertahan daripada ancaman paras air laut yang dijangka semakin meningkat pada masa depan.

Ini juga meliputi langkah-langkah memastikan kesempurnaan struktur di takungan itu sebagai persediaan berdasarkan Tinjauan Perubahan Iklim Nasional kedua yang dijalankan oleh Pusat Kajian Iklim Singapura.

Sebahagian daripada penyesuaian yang mungkin dilakukan termasuk meninggikan pintu pasang surut, memasang tiang penimbal dan menaik taraf struktur pintu pasang surut, menurut kenyataan badan berkanun itu lagi.

Ketua Pegawai Kemampanan PUB, Tan Nguan Sen berkata bahawa langkah pencegahan awal ini perlu demi mempertingkat perancangan penyesuaian bagi menangani kesan perubahan iklim dan melindungi prasarana air.

“Meskipun struktur takungan cukup menangani paras air laut sekarang, tender ini membolehkan kita buat persediaan bagi paras laut semakin tinggi dan langkah awal lindungi takungan hingga tahun 2100,” jelas Tan.

Bagi menampung kenaikan paras air laut masa akan datang, paras tambakan minimum di Singapura pernah dinaikkan setinggi satu meter pada 2011 iaitu dua meter melepasi paras air laut tertinggi yang pernah dicatatkan.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Tarif Bil Air Singapura Bakal Naik Lebih RM6 Elak Bazir

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerja Mitigasi Di Bukit Botak Akan Siap Pada Jun

Next Post

Berbual Dengan Rakan Lain Jantina, Pelajar Digantung Sekolah

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Berbual Dengan Rakan Lain Jantina, Pelajar Digantung Sekolah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd