Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Shah Alam, Pelabuhan Klang...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Batu Muda...

Kerajaan Baharu Jangan Campur...

KUALA LUMPUR - Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka...

Kad Anak Tawar Rawatan...

SLIM RIVER: Pasangan doktor di daerah Muallim, di sini memperkenalkan Kad Anak untuk...

How to Contain Discussion...

It doesn't matter what type of essay that you should do or what...

PDRM Tahan Bekas Pegawai Kanan Felda, Anggota IS

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga lelaki termasuk penyelia kantin farmasi Kementerian Kesihatan di Petaling Jaya, Selangor dan bekas pegawai kanan di Felda Global Ventures (FGV) kerana disyaki terlibat dengan militan Negara Islam (IS) baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM turut menahan dua lagi lelaki antara 9 hingga 13 November lalu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dikenali sebagai “Imam Mahdi”.

Menurut beliau, empat daripada suspek yang ditangkap berusia antara 22 tahun dan 40 tahun merupakan rakyat Malaysia manakala seorang lagi adalah warga Indonesia.

“Seorang daripada suspek yang ditangkap di Johor rakyat Malaysia berusia 22 tahun dan bekerja sebagai penyelia kantin farmasi Kementerian Kesihatan. Beliau merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas IS.

“Seorang lagi suspek merupakan warga Indonesia bekerja sebagai pembantu kantin di farmasi yang sama. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah ditangkap oleh anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ledang, Johor di bawah Akta Imigresen. Siasatan masih diteruskan ke atas suspek ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid berkata, seorang lagi suspek berusia 40 tahun yang disyaki terlibat dengan IS berasal dari Petaling Jaya merupakan bekas pegawai kanan di FGV yang telah menamatkan perkhidmatan di bawah Skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) pada Ogos 2015.

Kata beliau, suspek berlepas ke Turki pada 21 Oktober 2015 untuk menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas IS dan urusannya ke Syria diatur oleh seorang warga Somalia yang dikenali melalui twitter.

“Beliau ditangkap oleh pihak berkuasa Turki pada 25 Oktober 2015 bersama-sama dengan sembilan warga asing dari etnik Uighur, Morocco dan Rusia sebelum diusir balik ke Malaysia,” katanya.


Khalid dalam pada itu memberitahu, dua suspek rakyat Malaysia berusia antara 28 tahun dan 30 tahun, ditangkap di Selangor kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas “Imam Mahdi”.

Menurutnya, suspek berusia 28 tahun disyaki merancang untuk melancarkan serangan di beberapa lokasi di Lembah Klang dan membunuh mana-mana pihak, termasuk ahli keluarga mereka sendiri yang cuba menentang perjuangan mereka.

“Suspek yang berusia 30 tahun bekerja sebagai penjual air soya merupakan bekas anggota sel Al Ghuraba, kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang pernah ditangkap pada tahun 2003 di Karachi, Pakistan.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dan mengesan saki baki anggota kumpulan ini. Kesemua anggota kumpulan “Imam Mahdi” ini mengunakan facebook untuk berinteraksi,” katanya.

Jelas beliau, kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori