Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Alif Satar Dah Lama...

RUPA-RUPANYA penyanyi Alif Satar dah lama mengagumi kemerduan suara dimiliki vokalis Caliph Buskers, Azmi...

Isteri Pramugara Terima Hakikat...

SHAH ALAM - Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara pesawat MH370 Mohd Hazrin...

Jangan Salahkan KDN Kegagalan...

LANGKAWI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak boleh dipersalahkan atas kegagalan sebuah syarikat...

Belum Ada Bukti Wanita...

KUCHING - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat...

Madrasah Bukan Tempat Sebar Militan – Abang Arwah Lotfi

PETALING JAYA – Madrasah bukan tempat untuk menyebarkan militan, dakwa abang kepada seorang anggota militan yang terbunuh.

Zainon Ariffin, 53, memberitahu The Star bahawa ucapannya yang disampaikan di Madrasah Nurul Hidayah dan disiarkan oleh akhbar The New York Times menerusi video bertajuk “The Jihadist in Our Family” (Mujahid dalam Keluarga) pada 14 Januari lalu, telah disunting untuk menjadikan dia kelihatan menyokong aktiviti militan yang dilakukan adiknya, Lotfi Ariffin.

Lotfi terbunuh di Syria ketika sedang bertempur bagi kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

“Islam melarang keganasan, jadi tiada sebab saya bercakap tentang keganasan di madrasah,” kata Zainon.

Dia memperjelaskan bahawa Madrasah Nurul Hidayah, sekolah yang diasaskan bersama Lotfi, merupakan tempat mengajar tentang Islam.

Di dalam klip video itu, seorang pelajar lelaki di madrasah itu dilihat mengatakan bahawa dia mahu mati sebagai syahid, di mana Zainon berkata perkara itu telah ditafsirkan.

“Bila dia kata dia mahu mati syahid, ramai yang serta-merta mengandaikan dia bermaksud akan pergi ke Syria dan bertempur, tetapi bukan itu yang berlaku,” jelasnya.

Tambahnya, pandangan atau tindakan individu yang mengaitkan madrasah tidak bermakna madrasah adalah salah.


“Jika ia adalah individu yang melakukan perkara itu (militan), fokusnya adalah secara individu, bukan keluarga atau madrasah.”

Zainon berkata klip video tersebut turut memberi imej buruk terhadap Malaysia.

“Ia melihat seolah-olah Malaysia telah melahirkan militan dan saya tidak mahu negara saya ditunjukkan seperti itu,” katanya.

Beliau kesal klip video itu meraih perhatian yang tidak sewajarnya buat Madrasah Nurul Hidayah dan madrasah lain.

“Islam tidak membenarkan militan dan keganasan, jadi bagaimana boleh madrasah, yang bertujuan untuk mengajar islam, menggalakkan aktiviti militan dan keganasan?” katanya.

The Star Online

https://www.youtube.com/watch?v=zz7NJ0hTp6Q

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori