• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kali Pertama Iran Mula Lantik Wanita Sebagai Duta

oleh
01/08/2017
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Kerajaan Iran mengumumkan buat julung kali wanita sebagai duta yang pertama sejak Revolusi Parsi 1979 dengan menamakan jurucakap Kementerian Luar Negeri, Marzieh Afkham untuk mengetuai kedutaannya di Malaysia.

“Memilih Marzieh sebagai duta mengambil beberapa minit tetapi untuk memilih beliau sebagai pengganti mengambil masa empat bulan,” kata Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif yang dipetik agensi berita antarabangsa AFP.

Pengumuman bersejarah tersebut dibuat oleh Mohamad dalam satu majlis untuk meraikan diplomat berusia 50 tahun itu di Teheran pada Isnin sekali gus akan menggantikan tempat Jaber Ansari sebagai duta baharu di Kuala Lumpur.

Media tempatan sebenarnya mula melaporkan berita sensasi tersebut sejak April lalu mengenai spekulasi kemungkinan kenaikan pangkat Marzieh sebagai duta, namun ia belum disahkan oleh pihak Kementerian Luar Negeri sendiri.

Baca: Baru Buka Sehari, Iran Tutup Halal KFC Konon Milik AS

Juga: Aktres Iran Tanpa Berhijab Dicap Tidak Bermoral

Mohamad yang turut memberi penghormatan kepada wanita untuk mula berkhidmat sebagai jurucakap di Kementerian Luar Negeri berkata, Marzieh telah menjalankan tugasnya selama dua tahun dengan penuh ‘maruah, berani dan wawasan’.

Dalam pada itu, agensi berita rasmi tempatan IRNA, memuji Mohammad kerana membuat keputusan amat berani dan ‘kepercayaannya kepada wanita’ untuk menjadi jurubicara rasmi kementerian dan seterusnya dilantik sebagai duta.

Selepas pilihan raya 2013, Presiden Hassan Rouhani menggesa menteri melantik wanita ke jawatan tinggi dan berkata, kerajaannya menentang diskriminasi gender serta menamakan tiga wanita sebagai antara naib presiden negara Syiah itu.

Waima dianggap lebih liberal berbanding negara-negara Arab, undang-undang Iran telah sejak sekian lama dikritik sebagai tidak adil kepada wanita dalam tuntutan hak kes perkahwinan, perceraian dan warisan pusaka sejak revolusi 1979.

Meskipun wanita boleh memegang jawatan penting kerajaan, termasuk di parlimen dan Kabinet, mereka tidak boleh bertindak sebagai hakim dan tidak dibenarkan untuk bertanding jawatan presiden. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IranTeheran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd