Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Puteri Balqis Diejek Hingga...

KASIHAN sungguh nasib yang menimpa pelakon cilik, Puteri Balqis ekoran kontroversi yang terpalit...

Najib Ucap Takziah Mangsa...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah...

Keadaan Masih Berjerebu Meskipun...

SINGAPURA - Keadaan masih berjerebu di Singapura meskipun hujan lebat turun pada awal...

Bekas Jurutera Apple Sebagai...

WALAUPUN beliau pernah dianggap sebagai legenda di Apple, namun Genius Bar telah menolak permohonan...

Jutawan Muda Safiey Ilias Taubat, Nekad Buang ‘Payudara’

PADA usia sangat muda, dia sudah bergelar jutawan. Manakala dalam kalangan lelaki lembut Safiey Ilias boleh dikategorikan paling ‘meletop’ kerana memiliki segalanya – nama, harta dan rupa.

Jika diimbau kembali perjalanan hidup Safiey yang baru berusia 22 tahun bulan hadapan, dia sememangnya seorang yang memiliki kepintaran sejak di bangku sekolah rendah apabila meraih semua A ketika peperiksaan UPSR dan PMR.

Ketika belajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK) Safiey yang bukan datang dari keluarga senang hanya mampu melihat rakan-rakannya yang lain outing ke bandar setiap minggu atau ibu bapa mereka datang membawa makanan sedap-sedap. Namun itu tidak mematahkan semangatnya malah dia mula mencari duit poket sendiri dengan menjadi agen dropship produk kecantikan menerusi promosi di Facebook sahaja.

Kegigihannya menyaksikan dia mula memiliki pendapatan yang kian lumayan dan akhirnya mempunyai modal untuk berniaga sendiri. Bukan itu sahaja, ketika berusia 17 tahun Safiey sudah pun mempunyai simpanan sebanyak RM200,000 berkat perniagaannya semasa masih belajar dan tinggal di asrama sahaja.

Pada Jun 2013 ketika berusia 19 tahun pula, Safiey memiliki wang RM1 juta bersih pertamanya!

SAFIEY ILIAS (DAHULU)

safiey6

Berdasarkan kisah hidupnya, jelas Safiey seorang yang bersungguh-sungguh dan jenis yang pandai berfikir dan merebut peluang. Maka dia berhak untuk berbangga dengan kejayaan yang diraihnya manakala orang lain pun sudah pasti mudah berasa cemburu melihat pakej ‘sempurna’ yang dimilikinya.

Namun ternyata Safiey bukan seorang yang berfikir tentang dunia sahaja apabila dia akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke jalan yang betul sebagai seorang Islam.

Perkara ini turut dikongsikan di Facebook miliknya.

safiey2

safiey3


Sudah tentu, keputusan yang diambilnya ini tidak mudah apatah lagi dia kini berada di puncak kesenangan dengan memiliki segala-galanya yang diingini kebanyakan manusia lain di luar sana.

Sebagai contoh, tindakan Safiey menjalani pembedahan membuang implan payudaranya semalam.

Menerusi perkongsian oleh seorang pendakwah menerusi tulisannya, Safiey atau nama sebenarnya Safiudin ada berkongsi isi hati dengannya bahawa dia nekad menempuh kesakitan pembedahan kerana terlalu rindu mahu menjadi lelaki sejati yang boleh solat berjemaah di masjid dan keluar berdakwah.

safiey4

safiey11

Jawapan bagi penghijrahan Safiey ini tak lain tak bukan adalah kerana rahmat Allah Taala yang menganugerahkan kepadanya hidayah untuk benar-benar nekad kembali ke pangkal jalan meskipun terpaksa berjihad dengan menempuh kesakitan dan sebagainya.

Antara cara mendapat hidayah adalah berbaik sangka (husnuzon) kepada Allah Taala. Mudah mudahan, kita juga mendapat hidayah daripadaNya dan sesudah itu dikuatkan hati agar terus istiqomah mengikut jalan yang diredai. – MYNEWSHUB.CC

safiey8

SAFIEY ILIAS - SEKARANG
Safiey Ilias – Sekarang

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori