Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Polis Cuba Nasib Sebagai...

Gara-gara mahu mencuba kemahiran sebagai DJ, seorang anggota polis telah dikecam teruk oleh...

Anak Princess Leia Dapat...

ANAK kepada mendiang Carrie Fisher yang terkenal sebagai watak Princess Leia dalam francais...

Keluarga Neelofa Dipanggil Beri...

KUALA LUMPUR - Keluarga selebriti popular, Neelofa dipanggil memberi keterangan esok berhubung pematuhan...

Tiada Pelancong Wuhan, China...

SEPANG - Tidak ada pelancong dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia sejak...

Interviu Eksklusif: Justo Dakwa ‘Dikencing’ RM7.6 Juta

BANGKOK – Kali pertama bercakap dengan media, warga Switzerland, Xavier Andre Justo – yang kini ditahan di sebuah penjara di Thailand kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi, mendedahkan bahawa dia dijanjikan RM7.6 juta (AS$2 juta) sebagai pertukaran untuk data diambilnya daripada bekas majikannya.

Dalam interviu eksklusif di penjara Thailand itu dengan wartawan akhbar ternama Singapura, The Straits Times, Justo bagaimanapun mendakwa dia tidak pernah menerima bayaran yang dijanjikan oleh ahli perniagaan terkenal dari Malaysia itu.

Justo mendakwa perjanjian tersebut dipersetujui di Singapura pada Februari lalu berhubung penjualan dokumen, yang diikuti dengan perbincangan panjang tentang bagaimana beliau akan dibayar.

Semua individu yang ditemuinya di Singapura untuk berunding penjualan data telah dinamakan dalam pengakuan 22 muka surat yang dibuat Justo kepada polis Thailand. Dia turut menunjukkan salinan pengakuan tersebut kepada The Straits Times.

“Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura, supaya wang yang dibayar secara terus dari akaun (pembeli),” kata Justo.

“DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa? Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi dalam nama peribadi saya sendiri tetapi ditolak oleh (pembeli) kerana menggunakan nama saya di atasnya.”

“Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau (pembeli) menolak, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan,” katanya.

Justo mendakwa pembeli tersebut “menawarkan untuk membayar saya dengan wang tunai”.

Beliau berkata: “Saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu untuk menerima sampul surat dengan beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan mengulangi proses tersebut selama berbulan-bulan sehingga selesai dan saya menolak. ”

Justo berkata, bahawa pengakuan itu disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli terbabit.

“Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya sendiri dengan (mereka).”

Kemudiannya Justo mendakwa editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown bersetuju untuk menerima AS$2 juta daripada pembeli dan menghantar kepadanya AS$250,000 (RM952,000) sebulan untuk perkhidmatan perundingan.


“Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, (kerana) saya sudah pun ditahan,” katanya.

Menurut The Straits Times, mereka mewawancara Justo, di sebuah pejabat kecil di dalam penjara Bangkok, juga mendakwa bahawa kumpulan yang telah bertemu dengannya di Singapura – termasuk editor Sarawak Report – telah ‘mengubah’ data yang diberikan kepada mereka.

“Saya beri dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan,” dakwa beliau. “Saya boleh mengatakan bahawa saya beri dokumen kepada dua kumpulan,” katanya. Satu untuk Rewcastle-Brown dan seorang ‘lelaki IT beliau’ serta satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia dan rakannya.

Jelas akhbar harian Singapura itu mereka tidak menamakan ahli perniagaan dan juga rakan sekerja sementara menunggu jawapan mereka kepada dakwaan tersebut.

Justo mendakwa bahawa orang-orang yang ditemuinya bercakap mahu menggunakan dokumen tersebut “untuk cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia”, sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk “mengubah suai dokumen”.

Justo, 48 tahun, bercukur licin, kelihatan dijaga dengan baik dan tenang. Dia berpakaian penjara berwarna biru dan seluar pendek biru gelap.

Bercermin mata membaca, dia menunjukkan The Straits Times pengakuannya, yang ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat. Menurutnya, pangakuan itu adalah sukarela.

Justo berdepan hukuman sehingga tujuh tahun penjara dan denda jika didapati bersalah memeras ugut. Beliau mengharapkan hukuman penjara ringan memandangkan telah bekerjasama, kata peguam belanya, Pranot Kalanuson kepada The Straits Times.

Jurucakap Polis Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri, berkata pada hari Rabu bahawa Justo mesti dibicarakan dahulu di sebuah mahkamah Thailand atas tuduhan memeras ugut sebelum dia boleh diekstradisi ke luar negara.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan tiba di Bangkok pada Khamis untuk cuba menemubual Justo. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori