• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pelancong Wuhan, China Ke Malaysia Sejak 23 Januari

oleh
27/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Tidak ada pelancong dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia sejak 23 Jan lepas, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, pada tarikh yang sama pihak berkuasa China mengisytiharkan ‘lockdown’ dan menghalang penduduk di Wuhan meninggalkan kawasan berkenaan berikutan wabak 2019 Novel Koronavirus.

“Bagi jumlah warga China yang masuk ke Malaysia sebelum 23 Januari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mendapatkan maklumat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, hari ini.

Jelas Dzulkefly, setakat ini kes positif Koronavirus di Malaysia kekal empat, sementara kes ‘pending’ iaitu menunggu keputusan makmal ialah lima dan kesemuanya melibatkan warga China.

Daripada lima kes pending itu, dua di Langkawi, Kedah, dua lagi di Kuala Lumpur dan satu kes terbaharu di Bintulu, Sarawak, katanya lagi.

Tambah beliau, kes Koronavirus dikesan di Malaysia berdasarkan dua kategori dengan kategori pertama adalah mereka yang mempunyai pengesanan sentuh dengan pesakit yang positif.

Tiga kes positif pertama di Malaysia melibatkan pengesanan sentuh. Mereka ialah isteri dan dua cucu lelaki kepada seorang warganegara China dari Wuhan berusia 66 tahun yang sedang dirawat di Singapura.

“Kategori kedua ialah mereka yang menunjukkan simptom dan disyaki dijangkiti Koronavirus.

“Jumlah kes kumulatif bagi kategori ini setakat ini ialah 38 kes dengan satu daripadanya positif, 32 negatif dan lima menunggu keputusan makmal,” kata Dzulkefly.

Tambah beliau, sehingga 3.00 petang Ahad (26 Januari) seramai 164,692 pengembara telah tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan menjalani saringan.

Daripada jumlah itu, sembilan pengembara telah dirujuk untuk pemeriksaan lebih lanjut, katanya lagi.

“Bagaimanapun, kesemua pengembara ini didapati tidak memenuhi kriteria Patient Under Investigation bagi Koronavirus, sebagaimana yang ditetapkan dalam tatacara pengurusan virus berkenaan,” tambah beliau.

Dzulkefly berkata kesemua pengembara telah dibekalkan dengan kad amaran kesihatan di mana sekiranya gejala yang dialami semakin serius, pengembara berkenaan perlulah mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang berdekatan.

Tags: 2019-nCoVnovel koronaviruspelancong chinawuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Tak Jadi Saman Yusoff Rawther

Next Post

Op Selamat 16/2020 Catat 138 Kematian Sehingga Ahad

Related Posts

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

10/01/2025
0

GEORGETOWN: Waris dua pelancong China yang maut dalam insiden pokok tumbang di sini September lalu, menuntut ganti rugi kira-kira RM1.7...

Kerajaan Perlu Halang Pelancong China, Jaga Kebajikan Petugas Kesihatan

Kerajaan Perlu Halang Pelancong China, Jaga Kebajikan Petugas Kesihatan

07/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan mewakili petugas dan pengamal perubatan mahu kerajaan menghalang kemasukan pelancong dari China ke negara ini untuk memberi...

Next Post

Op Selamat 16/2020 Catat 138 Kematian Sehingga Ahad

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd