• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekurang-Kurang 11 Pelajar Terkorban Serangan Di Myanmar – UNICEF

oleh Mohd Arshad
20/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sekurang-Kurang 11 Pelajar Terkorban Serangan Di Myanmar – UNICEF
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON: Sekurang-kurang 11 pelajar terkorban dalam serangan udara dan tembakan di sebuah perkampungan negara ini pada Jumaat lalu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pihak junta dilaporkan mendakwa, serangan itu menyasarkan kumpulan pemberontak yang bersembunyi di kawasan berkenaan.

Myanmar terus dicengkam pergolakan sejak tentera merampas kuasa pada Februari tahun lalu, dengan kumpulan pemantau tempatan mendakwa hampir 2,300 orang awam maut dalam siri tindakan keras yang dilancarkan.

Pertempuran sengit antara kumpulan penentang rampasan kuasa dengan pasukan tentera yang tercetus di wilayah Sagaing, menyaksikan keseluruhan perkampungan berkenaan musnah termasuk dijilat api.

UNICEF dalam satu kenyataan, semalam, mengutuk insiden yang berlaku pada Jumaat lalu di Depeyin, Sagaing.

“Pada 16 September lalu, sekurang-kurang 11 kanak-kanak terkorban dalam serangan udara dan tembakan semberono di tempat orang awam,” katanya sambil menegaskan sekolah mesti kekal sebagai kawasan selamat serta tidak dijadikan sasaran.

Malah, agensi antarabangsa itu memaklumkan bahawa sekurang-kurang 15 kanak-kanak lagi dari sekolah sama dilaporkan masih hilang, sekali gus menggesa mangsa terbabit segera dibebaskan dengan selamat.

Rakaman video diperoleh daripada kumpulan masyarakat setempat, menunjukkan sebuah kelas dengan tompokan darah di atas lantai, bumbung yang rosak, dan seorang ibu meratapi mayat anak lelakinya.

Junta mengesahkan pihaknya mengerah tentera menaiki helikopter ke perkampungan itu selepas menerima maklumat bahawa pejuang daripada Tentera Kemerdekaan Kachin – sebuah kumpulan pemberontak etnik – serta kumpulan penentang rampasan kuasa tempatan, giat menggerakkan kelengkapan senjata di kawasan terbabit.

Tentera menuduh pejuang kumpulan pemberontak menggunakan orang awam sebagai perisai manusia, dan mendakwa pihaknya berjaya merampas bahan letupan serta periuk api dari perkampungan itu.

Pengarah Rantau Asia bawah organisasi kemanusiaan untuk kanak-kanak Save the Children, Hassan Noor, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, serta menegaskan serangan seharusnya tidak membabitkan kawasan sekolah dan keselamatan pelajar mesti dilindungi.

“Berapa banyak lagi insiden sebegini perlu berlaku sebelum tindakan akan diambil?” katanya sambil menggesa Majlis Keselamatan PBB dan ASEAN supaya bertindak segera.

BHonline-

Tags: MyanmarpelajarUNICEF
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd