SEBANYAK 62 peratus rakyat Ireland bersetuju dengan cadangan untuk mengubah undang-undang yang akan membenarkan perkahwinan sama jantina atau gay marriage selepas proses penggundian diadakan, baru-baru ini.
Pemimpin dari kedua-dua parti politik negara itu turut bersetuju dengan referendum tersebut menjadikan Ireland negara pertama yang melakukan sistem penggundian dalam menentukan keputusan untuk meluluskan perkahwinan sejenis.
Salah seorang menteri kabinet, Leo Varadkar mengatakan Ireland merupakan negara pertama dalam dunia yang menegakkan hak perkahwinan sejenis dengan mengikut kata majoriti penduduk negara mereka.
“Dengan meluluskan perkahwinan sejenis, kami berjaya menegakkan kesamarataan buat semua penduduk. Ianya satu perkara yang sangat membanggakan kami sebagai penduduk Ireland.
“Walaupun golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) merupakan minoriti tetapi ini merupakan satu revolusi sosial untuk mereka untuk mendapatkan hak sama rata dalam masyarakat majoriti,” katanya memetik portal media antarabangsa. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JASMIN

