• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan Tinggi Di Changsha, China Terbakar

oleh Mohd Arshad
17/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bangunan Tinggi Di Changsha, China Terbakar
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING: Kebakaran besar berlaku membabitkan sebuah bangunan pencakar langit di bandar Changsha, di tengah China, lapor media tempatan semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, namun kebakaran itu menyebabkan bangunan pejabat 42 tingkat itu rosak teruk.

“Asap tebal menyelubungi bangunan itu dan lebih 36 tingkat terbakar dengan api yang sangat marak,” lapor CCTV ketika pemadaman api giat dijalankan di bangunan dengan ketinggian 210 meter yang juga menempatkan pejabat syarikat telekomunikasi milik kerajaan China, Telecom.

Menurut seorang pejalan kaki yang hanya mahu dikenali sebagai Peng, kebakaran itu bermula dari salah satu tingkat bawah bangunan berkenaan dan merebak pantas ke tingkat atas.

“Apa yang saya lihat, kelihatan seperti kebakaran bermula dari luar bangunan,” katanya.

Jabatan bomba Hunan berkata, kira-kira 280 orang anggota bomba dan 36 jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian dengan api dapat dipadamkan pada jam 5.00 petang.

Siasatan awal menunjukkan kebakaran besar-besaran bermula selepas dinding luar bangunan itu terbakar.

“Pada masa ini, api telah dipadamkan, dan tidak berlaku kemalangan jiwa,” katanya.

Menurut laporan media tempatan, bangunan Lotus Garden China Telecom yang siap pada 2000 itu pernah menjadi bangunan tertinggi di Changsha dengan ketinggian 218 meter.

BHonline-

Tags: Bangunan TerbakarChinapencakar langit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd