• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Sasar Menang 16 Kerusi Parlimen

oleh Mohd Arshad
11/09/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
UMNO Johor Sasar Menang 16 Kerusi Parlimen
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Penerangan UMNO Johor melihat sasaran memenangi 16 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah lebih realistik berbanding sasaran 20 kerusi ditetapkan UMNO pusat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sasaran itu adalah hasil kajian dibuat Biro Penerangan, membabitkan veteran, cawangan, bahagian, pemuda, puteri dan wanita.

“UMNO sasarkan menang 20 kerusi Parlimen di Johor pada PRU-15 ini, tetapi berdasarkan kajian, kita yakin menang 16, campur dua lagi, semuanya 18.

“Kita ada 26 kerusi Parlimen, pada PRU-14 kita menang lapan kerusi, termasuk Parlimen Mersing, yang sekarang ini, Ahli Parlimennya sudah keluar parti, jadi tinggal tujuh kerusi.

“Lapan ini asasnya, kalau boleh pergi ke 20 sasaran, itu paling baik. Tapi, kita perlu jujur dalam meletakkan sasaran. Maksimum pergi 16 kerusi (sasaran), campur dua. Namun, UMNO negeri akan berusaha mencapai sasaran 20 kerusi ini, dengan kerjasama semua pihak.

“Yang pasti, kita kena pertahankan calon yang boleh menang pada pilihan raya ini. Kita harap pendirian kita didengari supaya kita dapat buat kerja dengan lebih tersusun, dengan pelbagai kaedah kempen dalam saat yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Penerangan (Media Sosial) anjuran Veteran UMNO Johor di Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini, hari ini.

Pada PRU-14, Barisan Nasional (BN) memenangi lapan kerusi iaitu di Parlimen Sembrong, Pontian, Mersing, Pengerang, Tenggara, Parit Sulong, Kota Tinggi dan Ayer Hitam.

Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, bagaimanapun kemudiannya lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Angka itu kembali meningkat kepada lapan selepas Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada November 2019.

Bulan lalu, BN meletakkan sasaran menang 20 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Johor pada PRU-15.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sasaran itu diletakkan bagi membolehkan Johor menjadi penyumbang utama kerusi bagi menubuhkan kerajaan pusat yang kukuh selepas PRU-15.

Dr Adham berkata, UMNO perlu menampilkan calon yang berpengalaman dan juga yang boleh dilihat memenangi kerusi pada pilihan raya akan datang.

“Tidak nafikan pemuda dan puteri berwibawa. Contohnya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu, tiga ketua bahagian diberi tempat untuk bertanding, dua menang dan satu tidak menang.

“Kita terbuka dengan kepemimpinan muda di negeri ini, namun pengalaman calon sangat penting kerana kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara di peringkat antarabangsa, contohnya krisis makanan.

“UMNO Johor yakin calon sedia ada adalah calon yang tepat,” katanya.From: Qiela

BHonline-

Tags: JohorPRU-15UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd