• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Menangis Terlepas Hukuman Gantung Kes Edar Syabu

oleh Mohd Arshad
11/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peniaga Menangis Terlepas Hukuman Gantung Kes Edar Syabu
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Seorang peniaga alat ganti kenderaan menangis selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini, melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 342.3 gram, empat tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh Wan Mohamad Azlan Wan Mahamod, 34.

Menurutnya, tertuduh telah membuat pembelaaan dengan keterangan bersumpah sejak peringkat awal pendakwaan.

“Keterangan bersumpah tertuduh melibatkan kehadiran seorang lelaki bernama Mohd. Harif Mohd Azmi yang datang dan tidur di bilik tertuduh sebelum rumahnya diserbu polis. Keputusan ini (melepas dan membebaskan tertuduh) dijalankan selepas menilai tiga perkara iaitu akses terhadap rumah yang menjadi lokasi dadah itu ditemukan, kewujudan sebuah kereta jenis Proton Satria milik individu lain dan kehadiran orang lain di rumah tertuduh,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Wan Mohamad Azlan didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 342.3 gram di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Kepas, Jalan Banggol Jering dekat Pasir Mas kira-kira pukul 4.10 pagi pada 2 September 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nizam Mohamed.

-Utusan Online

Tags: dadahHukuman GantungKes Edar SyabupeniagaSyabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd