• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Zahirkan Ekonomi Telah Pulih Maka Tiba Masa PRU-15

oleh Mohd Arshad
05/09/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PM Zahirkan Ekonomi Telah Pulih Maka Tiba Masa PRU-15
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan keutamaan beliau mahu pulihkan ekonomi negara disebalik desakan UMNO supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menyambut baik kenyataan itu, maka sekarang masa yang paling wajar untuk PRU-15 diadakan berdasarkan kenyataan Ismail Sabri mengenai keadaan ekonomi baru-baru ini.

Berikut antara petikan kata-kata beliau dalam sebuah majlis beberapa hari lalu:

– Pemulihan ekonomi negara melalui KDNK terus berkembang kepada 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini, berbanding 5.0 peratus pada suku pertama.

– Graf pertumbuhan perdagangan borong dan runcit turut mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 44 peratus, dengan nilai RM132.8 bilion pada Jun ini.

– Jumlah perdagangan negara mencatatkan prestasi perdagangan tertinggi dalam sejarah dengan peningkatan sebanyak 28.2 peratus kepada RM1.35 trilion, manakala lebihan dagangan eksport berbanding import adalah sebanyak RM123.13 bilion.

– Prestasi pelaburan negara bagi tempoh enam bulan pertama 2022 adalah berjumlah RM123.3 billion yang mencipta 57,771 peluang pekerjaan melalui 1,714 projek.

– Daripada jumlah berkenaan, Pelaburan Langsung Asing (FDI) adalah sebanyak RM87.5 billion atau 71 peratus.

Meskipun kenyataan mengenai ekonomi negara berkembang pesat dibawah pimpinan beliau itu masih boleh diperdebatkan, Ismail Sabri namun telah membuat ‘pengisytiharan’.

Iaitu ekonomi Malaysia telah pun memulih dibawah pimpinan beliau. Jadi sudah tiba masa untuk Ismail Sabri “walk the talk” dan mengadakan PRU-15 dengan segera.

Usah berlengah kerana ketidakstabilan akan tetap berterusan selagi mandat tidak dikembalikan kepada rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan baharu yang kuat dan kukuh.

Ismail Sabri tidak boleh terus bergayut kepada sokongan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk menjustifikasikan kestabilan jangka masa pandek dibawah kerjasama yang amat longgar.

Sedangkan bagi tempoh jangka masa panjang sokongan kepada beliau sebagai PM oleh rakan-rakan barunya terutama Bersatu, Pas dan Gerakan sudah tentu tidak akan kekal.

Bersatu dan Pas sudah memberi bayangan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin adalah calon Perdana Menteri mereka untuk PRU-15.

PH pula sudah tentu menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun itu tidak semestinya benar kerana Rafizi Ramli sedang mengintai ruang dan peluang untuk menyingkirkan Anwar.

Jadi persoalannya apakah Ismail Sabri begitu yakin kerjasama yang membentuk kerajaan sedia ada akan dapat dipertahankan dengan dirinya kekal sebagai Perdana Menteri apabila tiba masanya?

-Malaysia Kini

Tags: EkonomipmPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd