• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dokumen Penghakiman Bocor: Keterangan Saksi Mungkin Diambil Semula

oleh Mohd Arshad
05/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dokumen Penghakiman Bocor: Keterangan Saksi Mungkin Diambil Semula
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Kertas siasatan membabitkan kes kebocoran keputusan penghakiman Datin Seri Rosmah Mansor sedang dilengkapkan polis selepas kenyataan 10 saksi dipanggil baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, kertas siasatan berkenaan akan diteliti, sekiranya ada maklumat tidak mencukupi, beliau tidak menolak kemungkinan mengambil keterangan kesemua saksi berkenaan.

“Setakat ini, masih 10 individu berkenaan yang dipanggil. Kita giat lengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Eng Lai memberitahu, antara saksi yang telah diambil keterangan iaitu pegawai mahkamah untuk membantu siasatan ke atas dakwaan ‘draf penghakiman’ bocor mengenai kes rasuah Rosmah.

Kenyataan itu diambil daripada kakitangan bahagian penyelidikan mahkamah dan Hakim Zaini Mazlan, yang mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan, semalam, membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

Tambah Eng Lai, pihaknya sedang dalam proses mengenal pasti mereka di sebalik kebocoran yang didakwa itu.

Pada 29 Ogos lalu, blogger Raja Petra Kamarudin berkongsi dokumen itu di laman webnya dengan mendakwa bahawa keputusan penghakiman yang mendapati isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu bersalah telah pun ditulis.

-Utusan Online

Tags: Dokumen Penghakiman BocorKeterangan Saksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Ebit, Keterangan Saksi Sudah Diambil

Polis Siasat Ebit, Keterangan Saksi Sudah Diambil

18/09/2023
0

PETALING JAYA : Polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi berhubung satu laporan dibuat oleh seorang pengadu terhadap pendakwah bebas, Ebit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd