• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

California Terbakar: Ribuan Penduduk Pindah

oleh AK-47
03/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
California Terbakar: Ribuan Penduduk Pindah
Share on FacebookShare on Twitter

GLOBAL | Kebakaran hutan di utara California, Amerika Syarikat pada Jumaat memusnahkan lebih 2,500 ekar (10.12 kilometer (km) persegi) hanya dalam tempoh beberapa jam, dan memaksa beribu-ribu penduduk dipindahkan, lapor Xinhua.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian berlaku di daerah Siskiyou pada tengah hari Jumaat akibat cuaca panas dan kebakaran merebak sejauh 2,580 ekar (10.44 km persegi) menjelang petang, menurut Jabatan Perhutanan dan Pencegahan Kebakaran California.

Gabenor California Gavin Newsom mengisytiharkan darurat di daerah itu bagi menyokong usaha memadam kebakaran.

“California telah memperoleh Geran Bantuan Pengurusan Kebakaran daripada Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan untuk membantu menyediakan peralatan penting bagi memadam kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran itu telah menyebabkan orang awam cedera dan gangguan bekalan elektrik, serta memusnahkan kediaman dan memaksa 5,000 penduduk di sekitar kawasan berkenaan berpindah.

Insiden itu kebakaran kelapan terbesar yang melanda utara California.

Sementara itu, kebakaran di McKinney, yang mengorbankan empat nyawa dan memusnahkan lebih 60,000 ekar ialah tragedi kebakaran hutan terbesar di negeri itu setakat tahun ini.

Pejabat Syerif daerah Siskiyou telah mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di sekitar kawasan itu, termasuk bandar Weed, Lake Shastina dan Edgewood.

-Malaysia Kini

Tags: californiapendudukpindah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Hakim Sebak Jatuh Hukum Ibu, Teman Dera Kanak-kanak

Satu Bilion Penduduk Berpindah Secara Rela Atau Paksa – WHO

01/11/2023
0

GENEVA: Kira-kira satu bilion penduduk di seluruh dunia ketika ini meninggalkan kediaman masing-masing sama ada secara rela atau terpaksa. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd