• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Di Kelantan Catat Peningkatan

oleh AK-47
03/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Denggi Di Kelantan Catat Peningkatan
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan 5,667 daripada 154,640 premis atau rumah kediaman di negeri ini mempunyai ‘sarang’ pembiakan jentik-jentik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, ia mendorong kepada peningkatan kes denggi pada tahun ini bermula Januari hingga Ogos apabila mencatat peningkatan sebanyak 252.21 peratus berbanding tahun lepas.

“Tahun lepas tempoh yang sama (Januari-Ogos) hanya 140 kes sahaja dikesan tetapi tahun ini ia mencatatkan 513 kes iaitu mengalami peningkatan sebanyak 373 kes.

“Terdapat dua kes kematian denggi dicatatkan tahun ini dan bagi tempoh yang sama tiada kes kematian pada tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sunathon Amal Alor Pasir 2022 di Masjid Al-Mustaqim Alor Pasir, di sini pada Sabtu.

Program yang disertai oleh seramai 70 kanak-kanak lelaki itu dianjurkan bersama Masjid Al-Mustaqim Alor Pasir dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan.

Beliau berkata, terdapat lima wabak denggi aktif di seluruh negeri ini iaitu Taman Sri Machang (Ketereh), Pantai Sabak 2 (Sering), Cherang 2 (Panji), Taman Kurnia Jaya 2 dan Taman Kurnia Jaya 1 (Kemumin).

Menurutnya, tahun ini sebanyak 26 wabak denggi telah dilaporkan berbanding hanya enam wabak bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

Dr Zaini berkata, bagi mengatasi masalah tersebut JKNK telah mengeluarkan sebanyak 1,087 kompaun dengan nilai RM543,500 bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.

Katanya, sebanyak 109 notis bawah Seksyen 8 telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi pembiakan Aedes.

“Kami berharap masyarakat terutama di sekitar kawasan wabak sentiasa mengambil berat kebersihan sekeliling bagi mengelakkan penularan denggi,” kata beliau.

-Sinar Harian

Tags: KelantanKes Denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd