• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan UM Curi Kajian Calon PhD Kini Di Bawah Tindakan Polis

oleh AK-47
03/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dakwaan UM Curi Kajian Calon PhD Kini Di Bawah Tindakan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Kes tuduhan yang tular di media sosial oleh seorang calon ijazah doktor falsafah (PhD) antarabangsa yang mendakwa kajiannya diambil penyelia Universiti Malaya (UM) tanpa kebenaran kini di bawah tindakan pihak polis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengajian Tinggi Dr Noraini Ahmad berkata pihak UM telah membuat laporan polis dan pihaknya menyerahkan siasatan kepada pihak berkaitan.

“Siasatan diserahkan kepada universiti yang mempunyai autonomi sendiri jadi UM menjalankan siasatan dan membuat laporan polis (untuk tindakan lanjut),” katanya ketika ditemui pemberita selepas penutupan Karnival Komuniti@KKBSe di pekarangan Kolej Komuniti Bagan Serai hari ini.

Noraini diminta mengulas perkembangan isu tular di media sosial seorang pelajar asing membuat laporan polis terhadap UM mendakwa bahawa kajiannya diambil tanpa pengetahuan.

Menerusi video berdurasi lebih seminit itu, pelajar berkenaan antaranya memaklumkan telah menghabiskan hampir dua tahun untuk menyiapkan kajian berkenaan dan kecewa apabila kajiannya diambil pihak universiti.

Pada 29 Ogos lepas, UM dalam kenyataan menafikan dakwaan itu dan berkata menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan ilmiah merupakan hak milik universiti.

UM dilaporkan membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan calon itu dan sedang mengkaji tindakan perundangan bersesuaian.

Kenyataan itu turut menyatakan pihak universiti telah memberi peluang dan sumber bagi membantu calon terbabit menyempurnakan PhD termasuk pelanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.

Bagaimanapun calon berkenaan belum menamatkan pengajian mengikut tempoh lanjutan yang diberi malah UM turut mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik penyelia tambahan bagi membantunya.

Terdahulu, dalam ucapannya Noraini berkata penawaran kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti dapat diterima baik oleh semua golongan masyarakat dan dijadikan sebagai platform serta usaha berterusan untuk memajukan diri dalam menceburi bidang teknikal dan vokasional seterusnya berpeluang mencipta kerjaya pada masa akan datang.

“Penawaran kursus ini di kolej komuniti dan politeknik berperanan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat dalam pelbagai bidang tanpa mengira peringkat umur.

“Tambahan ilmu dan kemahiran ini dapat membantu masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup sekali gus mampu mempersiapkan diri memasuki Revolusi Perindustrian 4.0 yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Calon PhDkajianpolisUM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

Jangan Terpengaruh Hasil Kajian, Tetap Keluar Mengundi Demi Kemenangan BN-PN

Jangan Terpengaruh Hasil Kajian, Tetap Keluar Mengundi Demi Kemenangan BN-PN

31/07/2026
0

SEREMBAN – Pengundi di Negeri Sembilan tidak boleh terpengaruh dengan kajian, ramalan atau spekulasi yang mendakwa BN-PN sudah berada di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd