• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Melawat Jepun Ahad Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Jepun mulai Ahad ini.

Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris berkata Najib, yang dijangka tiba di Tokyo pada 8 pagi, akan menghadiri majlis koktel bersama kira-kira 250 pelajar dan masyarakat Malaysia.

Pada Isnin, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mempunyai jadual ketat, termasuk menghadap Maharaja dan Maharani Jepun di Imperial Palace.

Kemudian, Najib akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan 34 kapten industri, disusuli mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan beliau, Shinzo Abe.

Pada Selasa, beliau akan menyampaikan ucaptama pada rundingan meja bulat Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), sebelum berlepas ke Sendai.

Sebelum menaiki tren berkelajuan tinggi ke Sendai, Najib akan diberi taklimat tentang tren berkelajuan tinggi Shinkansen serta pembangunan di sekitar Stesen Tokyo.

Di Sendai, beliau akan mengadakan dialog dengan para pelajar di Tohoku University, sebelum berlepas pulang ke tanah air. – BERNAMA

 

Tags: jepunNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd