• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Terkumpul Kakitangan Kerajaan Naik Kepada 180 Hari

oleh Mohd Arshad
30/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cuti Terkumpul Kakitangan Kerajaan Naik Kepada 180 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu dilakukan kerana ramai anggota perkhidmatan awam
yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka sebelum ini kerana beban tugas yang semakin besar dan mencabar.

“Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini ia membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan ‘award’ wang tunai di masa persaraan.

“Sekali gus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini tadi.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju menambah kadar cuti rehat khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Katanya tambahan cuti ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi, “ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: Cuti Terkumpul Kakitangan KerajaanKakitangan Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kakitangan Kerajaan Rugi RM852,000 Diperdaya ‘Phone Scam’

Kakitangan Kerajaan Rugi RM852,000 Diperdaya ‘Phone Scam’

27/05/2023
0

KOTA BHARU: Seorang seorang kakitangan kerajaan kerugian RM852,000 selepas menjadi mangsa penipuan melalui taktik 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai...

Kakitangan Kerajaan Panik Akibat Gegaran Gempa Bumi

25/02/2022
0

PUTRAJAYA : Situasi panik berlaku di beberapa bangunan jabatan kerajaan di pusat pentadbiran di sini, pagi tadi, apabila kakitangan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd