• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Terperangkap Di Dalam Tandas

oleh Mohd Arshad
28/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Maut Terperangkap Di Dalam Tandas
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Selangor: Tindakan dua remaja bermain api mengundang padah apabila seorang rakan mereka maut selepas terperangkap di dalam tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3 di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 2.38 petang tadi.

“Menurut rakan mangsa iaitu dua remaja lelaki masing-masing berusia 15 dan 16 tahun, ketika kejadian mereka sedang baring di atas sofa di dalam tandas berkenaan.

“Kebakaran bermula apabila dua rakan mangsa bermain api di hadapan pintu tandas berkenaan sebelum api menjadi tidak terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shafa’aton berkata, mangsa berusia 16 tahun dikatakan tertidur di atas sofa dalam tandas berkenaan, namun sudah terjaga ketika kejadian.

“Rakannya sempat menyuruh mangsa untuk keluar dari tandas itu, namun remaja lelaki terbabit baring semula di situ.

“Melihat api yang tidak dapat dikawal, dua rakan mangsa cuba membantu memadamkan kebakaran, namun api semakin besar dan gagal dipadamkan sehingga pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada objek yang menghalang mangsa untuk keluar dari lokasi kejadian.

“Tandas yang terbakar itu tidak mempunyai pintu dan mangsa lari untuk menyelamatkan diri. Pemetik api yang digunakan dalam kejadian itu turut terbakar di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan di lokasi terbabit mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Lokasi kejadian iaitu tandas awam berkenaan sudah lama tidak digunakan dan dalam keadaan terbiar.

Katanya, mangsa dan dua rakannya itu bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam 3.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya.

HarianMetro-

Tags: mauttandasTerbakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd