• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Terima Pelaburan RM15 Bilion Di Taman Pusat Data Hijau

oleh Mohd Arshad
26/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Terima Pelaburan RM15 Bilion Di Taman Pusat Data Hijau
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI : Johor dijangka menerima pelaburan berjumlah RM15 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang menerusi projek pembinaan Taman Pusat Data Hijau YTL di sini, yang pertama seumpama di Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagi fasa pertama projek berkenaan, sejumlah RM1.5 bilion akan dilaburkan syarikat konglomerat tempatan YTL Limited, sebelum tapak berkenaan disewakan kepada peneraju e-perdagangan terkemuka dunia, Sea Limited yang juga merupakan pemilik Shopee.

Menurutnya, pembinaan Taman Pusat Data Hijau YTL yang akan mengaplikasikan penggunaan tenaga solar itu bakal dibangunkan di kawasan seluas 111 hektar.

“Menerusi pembinaan Taman Pusat Data Hijau ini, Johor menjangka akan menerima pelaburan bernilai RM15 bilion dalam tempoh 10 tahun, dengan fasa pertama disasarkan siap sepenuhnya pada suku pertama 2024.

“Termasuk Taman Pusat Data Hijau YTL ini, Johor kini memiliki tiga pusat data, iaitu di Taman Teknologi Nusajaya dan Lembah Teknologi Sedenak. Ini sekali gus menjadikan Johor sebagai hab pusat data di Malaysia,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Pusat Data Sea di Taman Pusat Data Hijau YTL, di sini semalam.

Pusat Data Hijau YTL bakal menyediakan kapasiti simpanan sehingga 500 megawatt (mw), manakala Pusat Data Sea bakal menampung kapasiti data sehingga 72 mw.

Onn Hafiz berkata, Johor mempunyai potensi untuk menjadi peneraju penyedia pusat data antarabangsa berdasarkan beberapa kriteria antaranya infrastruktur, keluasan tanah, modal insan dan kemudahan logistik.

“Bagi rantau Asia Tenggara, permintaan untuk pusat data dijangka akan berkembang pada tahap 12.9 peratus setiap tahun dengan nilai pusat data dunia bakal mencecah AS$517.17 menjelang 2030.

“Pastinya Johor tidak mahu melepaskan peluang untuk turut sama menjadi pemain penting penyediaan pusat data antarabangsa, khususnya di rantau ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ye Gang memberitahu, pihaknya komited dalam melaksanakan pelaburan jangka masa panjang bagi pembangunan ekonomi digital di Malaysia, khususnya di Johor.

-Utusan Online

Tags: JohorpelaburanTaman Pusat Data Hijau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd